“Saya terima cadangan suami untuk berkahwin dengan kambing hitam iaitu lelaki pilihan suami yang saya pun tak kenal”

Oleh AHMAD SULAIMAN

Saya dalam dilemma sekarang. ceritanya begini, saya sudah berkahwin dengan bekas suami selama hampir 10 tahun mempunyai 3 orang anak berumur 9, 6, 3 tahun.

Pada bulan 6 lepas saya diceraikan atas sebab pertelingkahan besar antara kami

Dan suami dengan tidak sengaja menceraikan saya dengan talak 3 sebab saya berlawan cakap denganya.

"Saya terima cadangan suami untuk berkahwin dengan kambing hitam iaitu lelaki pilihan suami yang saya pun tak kenal"

Suami seorang yang baik, rajin membantu kerja rumah, tidak kedekut, tidak lepak malam, tidak main game, hidupnya cuma dengan isteri dan anak.

Kira seorang anak, suami, ayah yang baik. Cuma buruknya dia seorang yang mudah angin dan pantang dicabar.

Selepas menceraikan suami sangat menyesal dengan tindakanya itu sebab kami dah tak boleh bersama untuk rujuk kembali, suami terlalu sayangkan saya dan anak2 dan tak boleh terima kenyataan yang akan kehilangan anak dan isteri atas sebab terlepas talaknya ketika marah.

Saya dah redha sebab saya mampu untuk menyara anak tanpa suami disisi, tapi tidak dinafikan saya juga sayangkan suami, 3 bulan selepas cerai suami minta saya untuk kahwin dengan kambing hitam yang dicari sendiri oleh suami, s

aya terima dengan sebab saya masih sayangkan suami dan suami dan anak anak terlalu rapat tak sanggup untuk saya pisahkan mereka, dan semasa suami melepaskan talak masing masing dalam keadaan marah dan mencabar.

Saya terima cadangan suami untuk berkahwin dengan kambing hitam iaitu lelaki pilihan suami yang saya pun tidak kenal suami arahkan lelaki berkenaan menceraikan saya dalam masa seminggu selepas kahwin.

Perkahwinan dilakukan di Thailand, sekarang sudah hampir sebulan kami berkahwin, suami baru saya tak nak ceraikan saya dan sangat baik pada saya dan anak2, juga tunaikan tanggunjawab sebagai suami dengan baik,

bekas suami tidak pandai manjakan saya (perilakunya keras, tak pandai manja2 sebab dibesarkan dalam adik beradik semua lelaki), saya yang manjakan beliau seperti raja, tetapi suami baru saya sangat manjakan saya seperti puteri raja,

cakap je teringin apa akan ditunaikan, dibelai, dimanja, sentiasa penuh dengan gelak dan bahagiakan saya, dia cakap dia tak akan ceraikan saya, saya dalam dilema sekarang..

BACA: Pemilik rumah ini berkeras tak nak jual rumah pusaka, pemaju nekad bina kondo di sekelilingnya