“Saya tau salah sebab terlalu kagum dengan Siti Bainun”, Uyaina luah perasaan

“Saya tau salah sebab terlalu kagum dengan Siti Bainun”, Uyaina luah perasaan. Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, mengaku berasa terpukul dengan dakwaan terhadap Siti Bainun Ahd Razali, berhubung kes adik Bella yang menggemparkan negara ketika ini.

Mengaku pernah melahirkan rasa kagum terhadap pengasas Rumah Bonda terbabit, Uyaina bagaimanapun kini sebulat suara dengan seluruh masyarakat dan netizen yang menyokong pembelaan buat Bella agar pelaku yang mendera kanak-kanak sindrom down itu dikenakan hukuman undang-undang.

“Saya akui pernah menemu bual Bainun untuk sebuah program Wanita Hari Ini (WHI) dengan tajuk Berkorban Apa Sahaja untuk siaran hari raya Haji, dua tahun lepas. Bila menemu bual, saya begitu kagumi dia, hormati dia.

“Iyalah, usia dia baru 28 tahun waktu itu namun dia sanggup mengenepikan zaman mudanya untuk berbakti, menjaga anak berstatus Orang Kurang Upaya (OKU). Ia buatkan saya refleks pada diri, usia yang sama apakah saya sudah banyak membuat sumbangan kepada masyarakat?

“Betul-betul kagum dengan dia masa itu. Dia tak kahwin lagi, mendedikasikan hidup pada hal kebajikan, bagi saya, dia satu dalam sejuta,”katanya.

Bagaimanapun, kata Uyaina, penyesalan mula terbit dalam dirinya apabila satu persatu episod hitam dan penganiayaan terhadap Bella yang didakwa dilakukan oleh wanita itu mula tersebar dan dibicarakan di mahkamah.

“Tentulah saya rasa terkejut dan kecewa. Satu persatu terbongkar. Betul kata orang, kalau kita nak kagumkan seseorang iu, jangan sampai terlalu taksub. Sekarang ini, senang saja kita nak taksub. Orang buat baik sikit, kita rasa oh dia betul-betul baik.

"Saya tau salah sebab terlalu kagum dengan Siti Bainun", Uyaina luah perasaan

“Kita sehinggakan lupa, bahawa setiap daripada kita juga ada sisi negatif. Cuma, Bainun ini, angkaranya semua terbongkar. Rasa menyesal pun ada saya. Itulah, kita tak pernah tahu kebenaran sehinggalah semua dilondehkan,”katanya.

Uyaina berkata demikian semasa ditemui di majlis berbuka puasa dan tayangan program raya Astro 2022 di ibu kota, baru-baru ini.

Bagaimanapun, kata pelakon ini, dia sedar sebagai seorang individu, seharusnya setiap daripada pemerhati kes ini memberi peluang kepada mahkamah untuk menjalankan ‘tugas’ mereka.

“Kes ini pun masih dibicarakan di mahkamah. Tak adil untuk kita semua suka-suka nak cakap apa-apa. Saya harap kes ini dapat diselesaikan dengan cepat. Yang salah, harus dapat hukuman setimpal dan semaksimumnya.

“Tak ada kompromi, tak ada dikurangkan atau apa! Saya harap pihak yang teraniaya akan dapat pembelaan dan kebenaran akan menyebelahi,”katanya.

Dalam pada itu,Uyaina juga melahirkan rasa terharu melihat sokongan daripada rakan-rakan artis dan selebriti tempatan terhadap nasib malang yang menimpa adik Bella yang wajar mendapat pembelaan.

Kata Uyaina, ia merupakan satu suasana yang positif kerana golongan artis mempunyai platform suara besar yang dapat didengari ramai.

“Di mana-mana sekarang kita boleh tengok rakan selebriti dan artis melontarkan suara dan sokongan mereka terhadap Bella. Malah, di Twitter pun ada yang keluarkan petisyen untuk tujuan pembelaan nasib Bella.

“Semoga kes ini dapat memberi pengajaran dan membuka mata banyak pihak,”katanya.
TONTOn :

BACA:

Suami suruh Neelofa berhenti berlakon?

“Ni Cikgu Tadika ke Bidadari..”, ramai ayah berebut nak hantar anak ke tadika ni

CATEGORIES