‘Saya tak goyang’ – wanita ugut nak bongkar sisi gelap Caprice

‘Saya tak goyang’ – wanita ugut nak bongkar sisi gelap Caprice

‘Saya tak goyang’ – wanita ugut nak bongkar sisi gelap Caprice. Semalam digemparkan dengan satu video viral di TikTok seorang wanita menyatakan hasratnya untuk membongkar sisi gelap penyanyi rap, Caprice.

Sedia maklum, Caprice memang seorang yang tidak gentar untuk meluahkan pendapat serta membongkarkan ‘rahsia’ individu yang melakukan kesalahan terhadap orang lain.

Disebabkan mempunyai sifat seperti itu, kebanyakkan netizen berasa meluat dan meminta agar penyanyi tersebut untuk tidak selalu menjaga tepi kain orang lain.

Sedar akan video tersebut, Caprice memuat naik satu hantaran di IG Story seakan-akan dirinya tidak gentar dengan ‘ugutan’ wanita tersebut.

Malah, dia juga mengatakan bahawa mempunyai teman wanita yang banyak semasa zaman hip hop bukanlah satu perkara jenayah dan mengalu-alukan wanita terbabit bongkarkan ‘rahsia gelap’ Caprice yang dipegang olehnya.

'Saya tak goyang' - wanita ugut nak bongkar sisi gelap Caprice

Dalam pada masa yang sama, Caprice atau mesra dipanggil Cap sempat menggertak wanita itu bahawa peguamnya sentiasa bersiap sedia untuk menghantar surat saman seandainya perkara yang dibongkarkan tidak benar.

BACA:

Kedai Coach Azizulhasni kena rompak, habis semua basikal mahal dilarikan

Tangki air pangsapuri jatuh hempap kereta dari ketinggian 19 meter

Syed Saddiq diarah bela diri oleh mahkamah

CATEGORIES