“Saya sudah terlalu penat”, Amar Asyraf dan isteri akhirnya bercerai

Saya sudah terlalu penat Amar Asyraf dan isteri akhirnya bercerai

“Saya sudah terlalu penat”, Amar Asyraf dan isteri akhirnya bercerai. Kemelut rumah tangga pelakon Amar Asyraf dan isteri, Vivy Jeffry akhirnya menemui noktah selepas pasangan ini sah bercerai talak tiga di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Sah cerai talak tiga

Vivy yang juga merupakan isteri kedua Amar Asyraf memaklumkan bahawa dia telah diceraikan dengan talak tiga sejak 4 November 2019 yang lalu namun proses penceraian itu tidak dapat diselesaikan dengan cepat kerana terdapat beberapa dokumen yang tidak lengkap. Dakwa Vivy lagi, perkara yang berlaku daripada pihak Amar juga membuatkan mahkamah tidak memberikan keputusan rasmi berhubung perceraian mereka.

Hari-hari saya lalui dengan penuh doa agar proses pengesahan lafaz cerai ini dapat diselesaikan dengan segera kerana saya mahu meneruskan kehidupan tanpa sebarang masalah. Saya sudah terlalu penat untuk menghadapi kehidupan yang tertangguh.

Saya sudah terlalu penat Amar Asyraf dan isteri akhirnya bercerai

“Saya sudah terlalu penat”, Amar Asyraf dan isteri akhirnya bercerai

Meskipun dibiarkan ‘gantung tak bertali’ selama tiga tahun, Vivy akui lega akhirnya urusan penceraiannya berjalan dengan lancar. Tambah wanita ini lagi, fokus utamanya kini adalah membesarkan dan hidup bahagia bersama anak lelakinya, Mikhail.

Sebelum ini, Amar ada beritahu dia akan membincangkan mengenai anak pula selepas kes ini selesai tapi saya anggap itu cuma untuk menyedapkan hati saja. Saya berharap dia dapat berfikir apa yang baik untuk kehidupan kerana hidup kita tak lama lambat laun kita akan pergi selamanya.

Insya-Allah sebagai ibu saya sentiasa memberikan kasih sayang kepada Mikhail. Dia sudah bersama saya sejak isu ini berlaku dan dialah tempat saya berkongsi rasa dan cinta.

BACA:

Orang ramai teruja tempahan perodua Alza baharu dibuka, harga dari RM69K

Cara DIY paip air perlahan akibat tersumbat angin, tak payah upah tukang

Cacar monyet makin ‘gila’ serang lelaki gay

CATEGORIES