“Saya rasa, yang saya kandungkan ni anak dari hasil yang halal. bukan haram. kenapa sampai nak sorok-sorok?”

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Adik-adik ipar ada masalah untuk dapatkan zuriat. Bila mereka tahu saya mengandung anak ke-6, masing-masing mula tak puas hati.

Mereka perli di FB kata tak malu umur dah tua pun masih lagi nak mengandung. Malah ada yang doakan agar saya susah nak bersalin untuk kali ini..

Salam Admin.. mohon hide profile saya.. Saya just nak luahkan perasaan dan mohon kata-kata semangat dari pembaca-pembaca di luar sana

Saya dah mempunyai 5 anak dan ikutkan saya dan suami rasa memang dah cukup memandangkan umur pun dah mencapai 40-an.

Walaupun kesemua anak saya perempuan dan ada yang mencadangkan cuba lagi sekali mana tahu dapat anak lelaki pulak tetapi saya kata

“Saya rasa, yang saya kandungkan ni anak dari hasil yang halal. bukan haram. kenapa sampai nak sorok-sorok?”

No, cukup lah 5 orang perempuan ni. Anak bongsu saya baru berumur setahun dan walaupun saya merancang betul-betul, dengan kuasa dan kasih sayang Allah, saya dapati diri saya hamil lagi anak ke 6.

Saya mempunyai 3 orang adik ipar perempuan yang sedang TTC, sorang dah ada anak 2 tapi sedang berusaha untuk tambah, sorang lagi dah ada anak sorang, memang tengah usaha juga untuk tambah dan sorang lagi dah kahwin lebih 5 tahun masih belum direzekikan anak.

Bila mereka dapat tahu saya mengandung lagi, timbul rasa kurang senang di hati masing-masing sebab selama ni mereka yang berubat dan ikhtiar macam-macam untuk hamil tapi masih belum dikurniakan rezeki. Mereka selalu perli-perli di media sosial, share artikel-artikel mengenai keburukan tidak merancang or beranak dekat-dekat.

Keburukan mengandung di umur 40an etc. Pada awalnya saya fikir mungkin sekadar share untuk pengetahuan mereka, tapi lama kelamaan berdasarkan perbualan mereka di ruangan komen sesama sendiri saya dapati sebenarnya mereka tujukan pada saya.

Macam-macam la diperkatakan, antaranya tak malu ke masuk labour room doktor pun terkejut tengok mak dah beruban, ada juga yang cakap saya seperti berlumba-lumba nak menunjukkan tahap kesuburan saya kepada mereka yang susah nak lekat.

Ada juga yang cakap lepas ni saya boleh cakap besar la konon keturunan saya semuanya subur-subur tak payah usaha apa-apa pun senang lekat, ada juga kata-kata sinis seperti dah tua-tua kerja beranak je nanti bila hantar anak sekolah orang tak tahu mak ke nenek yang hantar dan macam-macam lagi laa.

Segala perli dan cakap-cakap mereka buatkan saya rasa sangat down. Saya memang sembunyikan kandungan saya dari pengetahuan kawan-kawan. Di pejabat saya pakai baju besar-besar sebab saya rasa segan bila terkesan dengan kata-kata mereka.

Tapi setelah kandungan nak masuk 7 bulan saya rasa, saya perlu enjoy this moment kenapa nak sorok-sorok sedangkan rezeki Allah bagi kita patut sambut dengan rasa bersyukur. Saya tidaklah membuat pengumuman apa-apa cuma saya suka tengok gambar-gambar baby comel dan saya akan share di FB saya dan kadang-kadang bila terbaca artikel tentang cara penjagaan bayi yang paling latest, saya share untuk panduan saya di kemudian hari.

Mula dari itu ipar-ipar saya bertambah tak puas hati, perli-perli lagi cakap jangan poyo bila kau mengandung nak umum seluruh dunia yang kau subur, macam la kau sorang mengandung kat dunia ni etc2. Semua perkataan menyakitkan hati dan ada juga yg mendoakan agar proses kehamilan dan bersalin saya jadi sukar kali ni.

Dan baru-baru ini ibu mertua saya pun teracun dek kata-kata mereka, kerana sebelum ini saya memang bersalin di hospitaI swasta sebab guna GL company tempat suami bekerja, cumanya kuota anak hanya untuk 5 orang sahaja.

So anak ke-6 ni kami kena tanggung sendiri, saya dah bincang dengan suami tentang kos, pilihan bersalin di hospital lain dan option-option lain, suami kata tak salah pun sebab dia memang mampu. Suami memang nak saya bersalin dengan Dr yang sama sambut kelahiran anak-anak kami tapi ibu mertua saya telah telefon suami saya bgitahu jangan bersalin hospital swasta dah kali ni buang duit.

Senang je bini tu tiap kali bersalin orang layan macam permaisuri biar kali ni bersalin hospital kerajaan pulak supaya bini dapat belajar cara susah. Saya tak faham kenapa adik-adik ipar dan mertua saya berfikiran macam tu.

Walhal saya mengandung memang kali ni Allah betul-betul nak bagi lagi. Saya tiada niat pun nak berlumba-lumba atau menunjuk-menunjuk. Senang lekat atau tidak bukan sesuatu pekara yang boleh dibangga-banggakan.. ini soal rezeki.

Kadang-kadang sedih bila mengenangkan bila saya mengandung, saya kena sorok-sorok tak perlu bagitahu orang lain, tak perlu rasa enjoy, tak perlu nak tunjuk saya happy, tak perlu dilayan seperti permaisuri, dan sebagainya. Tapi andai kata mereka pulak mengandung, perlu dihebahkan dan diraikan seluruh dunia.. kenapa kena macam tu?

Tolong TTC, kenapa perlu ade perasaan macam tu? Kenapa perlu sakitkan hati orang yang Allah kurniakan rezeki anak berderet ni? sedangkan itu bukan yang mereka pinta? Mohon kata-kata semangat dan maaf kalau ada yang mengguris hati.

TTC bukan perasan anda yang sensitif sahaja orang lain perlu jaga, sekali sekala fikirkan juga perasaan orang disekeliling. Terutamanya yang tak tahu menahu pun mereka menyakitkan hati kamu-kamu secara tak sengaja. TQ admin..

Komen Warganet :

Ciksu Noor Hidayah : Patutlah susah lekat anak, hati busuk. Ignore ajelah sis, tua ke muda dah rezeki sis kan, enjoy your moment ni, jangan stress-stress. Moga dipermudahkan kelahiran sis kalini ya.

NorAshlin Abd Rahman : Disebabkan mulut ipar duai awak macam tu lah, mereka belom diberi rezeki anak, wallahualam, percayalah setiap anak ada rezekinyer masing-masing. Bersyukurlah, jaga baik-baik amanah Allah.

Amiera RosLi: Semoga terus tabah dan dipermudahkan urusan puan untuk bersalin kelak. Jangan fkir sangat tentang orang-orang sekeliling yang negative dan berhati busuk ni puan, sebab kita ibu-ibu yang tengah mengandung dan berpantang ni tak boleh stress-stress sangat. Puan juga tolong doakan semoga ipar-ipar puan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, tak jadi perangai macam ibu mereka.

Amy Nadia Khalida: Maaf andai bahasa saya kasar. No wonder adik-adik ipar awak payah nak lekat rezeki zuriat. Mulut pun tak reti jaga, apetah lagi kalau ada anak nanti. Allah bagi rezeki pada awak lagi sebab tahu awak mampu nak hadap ujian yang datang sekali tu.

Saya pun pernah rasa apa yang awak rasa. Memang tak sama tapi hampir serupa. Sampai saya rasa, saya ni bodoh. Yang saya kandungkan ni anak dari hasil yang halal. Bukan haram. Kenapa sampai nak sorok-sorok?

Bukan tak cuba merancang, tapi rancangan Allah lebih hebat. Tak perlu lagi amik peduli tentang kata-kata orang luar. Cukup suami awak sentiasa di pihak awak, sudah cukup. Semoga semua urusan awak dipermudahkan di dunia hingga akhirat. Insya Allah aaammmiiinnn.

Suria Usahawan : Sis be strong jer, teruklah ipar duai sis, PHD belaka ek. Ada ke nak jeles pasal rezeki anak. Itu kejadian Allah juga tak perlu jeles, kalau mereka jeles lagilah Allah tak kasi rezeki kat mereka tu. Sis ignore je, jaga diri dan baby. Keep positif. btw sis panel KPJ ke? Kot sama dengan saya.

BACA:“Pemalas, culas beri nafkah, kalau ada duit pun tah kemana perginya, sekali mak tangkap abah ada hubungan dengan perempuan lain”