Saya minta maaf kepada Lim Chong Wei – Steven Sim

Saya minta maaf kepada Lim Chong Wei – Steven Sim

“Chong Wei, saya minta maaf kerana susahkan kamu.”

Saya berasa amat sedih membaca berita bahawa Lee Chong Wei dikecam oleh sesetengah pihak kerana memberi sumbangan kepada kempen Asal Cek Mau Pi Sekolah. Sampai mereka gesa gelaran “Datuk” beliau ditarik balik kononnya kerana sokong DAP.

Kalau benar sokong DAP pun, tak ada salah.

Tapi masalahnya, tindakan Chong Wei bukan kerana politik tapi kerana dia ingin membantu anak-anak kita.

Hati saya terasa amat pilu sekali.

Kita ke hulu ke hilir mencari laptop. Mencari keluarga miskin. Mencari anak-anak yang hendak belajar tapi tak ada peranti.

Datang orang yang murah hati macam Chong Wei, kerja kita jadi ringan sedikit.

Tapi dia buat baik, dia pula dikatakan macam-macam. Adakah adil?

Saya orang politik. Saya bangga dengan parti saya DAP. Tapi bab bantu rakyat, saya sebagai wakil rakyat tak pernah kaitkan politik kepartian.

Kita tak tanya pemohon bantuan dia sokong parti mana. Kita tak pernah minta penerima bantuan untuk undi parti sekian-sekian.

Bila kita beri laptop/tablet, tak lekat logo parti politik. Tak tulis undi DAP, tak suruh sokong Pakatan Harapan.

Laptop hanya ada logo syarikat pengeluar, tablet hanya ada cap jenama. Macam mana saya beli dan dapat dari penjual, macam itu juga saya serahkan kepada anak-anak kita.

Saya ada sertakan sepucuk surat untuk memberi galakkan kepada anak-anak yang menerima peranti, surat itu pun tak ada logo parti politik.

Saya orang politik, saya kena serang tak apa, lawan tetap lawan… tapi saya sedih Lee Chong Wei, wira kita kena serang semata-mata nak buat kebajikan. Jika ini sikap mereka, siapa lagi berani buat kerja amal?

Saya benar-benar minta maaf dengan Chong Wei.

Sumber :