Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, telah menitahkan agar pihak polis menjalankan siasatan segera
Dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).
Sultan Ibrahim bertitah bahawa baginda memandang serius perkara ini selepas pelbagai berita
Dilaporkan dan disiarkan di media massa mengenai rumah amal tersebut.
“Saya mahu siasatan menyeluruh dilakukan dan tindakan segera diambil,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office hari ini.
Dalam pada itu, Sultan Ibrahim bertitah bahawa akidah umat Islam harus dipelihara setiap masa dan tidak boleh dipandang ringan.
“Justeru, Sultan Ibrahim bertitah menasihatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau pandangan yang melampau berkaitan isu agama kerana ia amat sensitif dan perlu ditangani dengan berhati-hati,” ujarnya.
BACA: ‘GISB banyak baiknya dari buruk’ Betty Banafe minta netizen tidak tergopoh-gapah buat andaian