“Saya harap saya tidak menang wang RM14 juta itu”, pemandu beca luah kekesalannya.Seorang pemandu beca berenjin di negeri Kerala, India,
Mengaku menyesal memenangi wang loteri yang banyak selepas dia kerap diganggu oleh orang ramai yang meminta wang, lapor portal berita MailOnline semalam.
Lelaki dikenali sebagai Anoop itu memenangi wang loteri berjumlah £2.9 juta (RM14.2 juta) pada 18 September lalu.
Keterujaannya bagaimanapun tidak bertahan lama apabila dia menerima perhatian melampau daripada media yang datang ke rumahnya serta orang ramai meminta wang daripadanya sekali pun dia tidak mengenali mereka.
Pemandu beca menang loteri RM14 juta mengaku menyesal
“Saya berharap saya tidak menang wang itu. Hadiah tempat ketiga mungkin lebih baik.
“Saya amat gembira apabila menang dan terdapat ramai orang dan pihak media di rumah. Kami gembira ketika itu,” kata Anoop.
Pemandu beca menang loteri RM14 juta mengaku menyesal
Bagaimanapun, keadaan berubah buatnya apabila perhatian berlebihan pihak media menyebabkan pintu rumahnya sering diketuk setiap pagi.
“Hidup saya tidak lagi tenteram kerana rumah kami sering didatangi oleh orang ramai yang meminta wang daripada kami untuk membantu mereka.
“Saya terpaksa bertukar-tukar tempat tinggal. Saya tinggal di rumah saudara perempuan, namun orang tetap tahu alamat rumah itu,” ujarnya.
Sementara itu, isteri Anoop, Maya berkata, orang ramai beratur di hadapan rumah mereka dengan ada yang datang dari serata lokasi di Kerala termasuk Tamil Nadu.
BACA: