Saya fikir kerajaan ini sama korupnya dengan kerajaaan Najib – Tun M

Saya fikir kerajaan ini sama korupnya dengan kerajaaan Najib – Tun M

Dr Mahathir Mohamad mahu meraih gelaran baru, iaitu “kerja sampai mati” (KSM) dalam meneruskan perjuangan politiknya.

Ia bukan berkait legasi, katanya dalam temu bual dengan Associated Press pada Jumaat.

“Jika saya boleh berbuat sesuatu terhadap rasuah, saya gembira, itu sahaja. Saya tidak bercakap mengenai legasi. Pandangan orang tentang saya tidak penting kerana saya akan mati dan pergi,” katanya kepada agensi berita itu.

“Saya dapati rasuah sangat buruk di negara ini sekarang… jika mereka menang. Saya minta maaf kerana saya fikir kerajaan ini sama korupnya dengan (kerajaan Najib Razak sebelum ini),” katanya.

Mahathir berkata, gabungan kerajaan Perikatan Nasional (PN) berkemungkinan besar tidak akan mengadakan pilihan raya kilat berikutan persengketaan dalaman dan pemimpinnya Muhyiddin Yassin yang juga perdana menteri mahu bertahan sehingga 2023.

“Muhyiddin tidak konfiden untuk mengadakan pilihan raya sekarang melainkan beliau mahu ‘membunuh diri’. Beliau akan cuba bertahan sehingga 2023,” kata Mahathir.

Katanya, sama ada gabungan diketuai oleh Muhyiddin atau Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim tidak akan memperoleh lebih daripada 50% undi.

Beliau mengulangi harapan parti baru pimpinannya, iaitu Pejuang, boleh memenangi 30 kerusi dan menjadi kuasa pengimbang.

Mahathir mengakui terlepas pandang dalam menghalang kerajaan pimpinan beliau daripada tumbang pada Februari lepas.

Katanya, beliau “tidak percaya (khabar angin mengenai kerajaan pintu belakang) akan berlaku”, maupun menjangka orang Melayu akan menyokong bekas perdana menteri Najib Razak yang disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dalam perbicaraan rasuahnya yang pertama.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/09/04/dr-m-mahu-kerja-sampai-mati-perangi-rasuah/

COMMENTS