Saya dan Erra teruk kena fitnah! – Dato Awie

Oleh INFORAKYAT

Saya dan Erra teruk kena fitnah! – Dato Awie. Penyanyi Rock Malaysia, Datuk Awie menolak segelintir dakwaan netizen yang menuduh beliau dan pelakon, Erra Fazira mennyebarkan cerita-cerita lama untuk melariskan konsert Romantika dua tahun lalu.

Kisah antara Awie dan Erra yang dipanggungkan dalam konsert tersebut bukanlah untuk mendapatkan publisiti tetaapi sebagai peringatan untuk mengingatkan netizen-netizen yang dahulu pernah memfitnah mereka agar mereka memohon kemaafan.

Awie berkata tujuan dia membuat konsert tersebut adalah untuk menyampaikan kepada orang-orang yang pernah menfitnahnya dulu meminta maaf sebelum kami meniggal dunia.

Tambahnya,” kami difitnah teruk jadi lebih baik diselesaikan di atas pentas supaya dibersihkan dan orang ramai tahu kami tiada masalah”.

Beliau berkata selepas sidang media konsert Romantika Awie baru-baru ini.

Saya dan Erra teruk kena fitnah! - Dato Awie

Konsert yang menggabungkan Awie dan Erra sekali lagi dipentaskan di Sabah Internasional Convention Centre Kota Kinabalu pada 20 Ogos depan.

Awie turut meminta netizen menghentikan penyebaran spekulasi beliau bersama Erra.

“Hentikan andaian, cukup. Ia sudah jadi melampau. Jagalah aib orang.

“Saya ambil kesempatan untuk jernihkan di atas pentas. Saya ajak Erra selesaikan. Be friend forever.

“Benda yang baik, kita selesaikan. Segala kemelut yang disalah erti selama ini. Orang menuding jari kat saya. Penat, kasihanlah pada saya,” luahnya.

BACA:

Pekerja kontrak kena buang selepas letak gambar PM dalam troli sampah

Mizz Nina luah isi hati sebenar selepas dakwaan rumah tangga bermasalah

Monyet liar campak bayi 4 bulan dari tingkat tiga sehingga maut