Satu rumah habis terbakar kecuali Al-Quran je elok, terus insaf bila tahu ini

Oleh INFORAKYAT

Satu rumah habis terbakar kecuali Al-Quran je elok, terus insaf bila tahu ini. SUSULAN kejad1an kebakaran kediaman keluarga Alif Muhaimin pada Isnin, pelakon itu berkongsi beberapa foto keadaan rumahnya selepas ins1den tersebut.

Alif atau Alif Muhaimin Abdul Rahman, 28, berkata, dia insaf dan kagum melihat kebesaran Allah SWT apabila beberapa bingkai potongan ayat al-Quran di dalam rumahnya sama sekali tidak musn4h akibat keb4karan itu.

313727790_1419566921869876_3473376884436186855_n

Sebaliknya, ia masih dalam keadaan elok malah tidak sedikit pun terkena percikan api meskipun rumahnya h4ngus dijilat api.

Alif kongsi ayat al-Quran dalam rumah masih elok.

Satu rumah habis terbakar kecuali Al-Quran je elok, terus insaf bila tahu ini

“Allahuakbar, saya jadi lagi yakin bila tak ada satu ayat atau surah al-Quran, tak ada satu pun potongan yang koyak walaupun boleh nampak penghawa dingin di atasnya cair akibat kebakaran… tapi ayat (bingkai) di bawahnya masih cantik,” katanya.

Alif berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, Alif berkata, dia percaya ada hikmah di sebalik kej4dian yang menimpa keluarganya.

“Gambar pertama piring ayat kursi, jatuh bawah pecah. Allah nak yakinkan ada hikmah ini, Insya Allah,” katanya lagi.

Terdahulu, Alif cemas apabila ibunya, Faridah Sheikh Mohamed terperangkap dalam rumah mereka yang sedang terb4kar.

Keadaan ketika rumah Alif terb4kar.

Kejadian yang berlaku kira-kira 3.50 petang akibat lintar pintas semasa ibunya bersendirian di kediaman mereka di Kelana Jaya.

Bagaimanapun pelakon itu berserta adik-beradiknya sempat sampai ke rumah bagi menyelamatkan ibu mereka yang terper4ngkap dan menelefon pihak bomba untuk memadam kebak4ran.

Pun begitu, adik perempuannya melecvr di bahagian tangan manakala ibunya pula mengalami tr4uma akibat kejadian tersebut.

BACA:

Tak sangka pemain Morocco, Hakimi ada isteri paling cantik di dunia

Tiga bekas menteri bergabung atas satu pentas

‘Detektif Lingam’ kini jual lemang tepi jalan, teringat zaman gerak khas