Satu post di Instagram Cristiano Ronaldo bernilai RM9.76 juta

Satu post di Instagram Cristiano Ronaldo bernilai RM9.76 juta

Satu post di Instagram Cristiano Ronaldo bernilai RM9.76 juta. Pemain bola sepak yang mempunyai nilai komersil yang paling tinggi ketika ini, Cristiano Ronaldo menjadi manusia pertama mempunyai pengikut di laman Instagram yang mencecah angka sehingga 400 juta (ketika artikel ini ditulis pengikut Ronaldo di Instagram sudah mencecah 401 juta).

Dengan jumlah pengikut menghampiri setengah bilion di Instagram rasmi Cristiano Ronaldo secara tidak langsung telah melonjakkan nilai satu post atau hantaran berbayar kepada £1.72 juta bersamaan RM9,765,028.92 duit Malaysia.

Harga satu post di Instagram Ronaldo ini adalah tiga kali berbanding gaji mingguan Ronaldo bersama Setan Merah yang semakin sendu yang dilaporkan sekitar mencecah £480,000 seminggu.

Kalau empat post sahaja Ronaldo layan sebulan kau kira la sendiri.

Satu post di Instagram Cristiano Ronaldo bernilai RM9.76 juta

Satu-Post-Instagram-Ronaldo-Kini-Berharga-RM9.76-Juta

Peningkatan mendadak pengikut Ronaldo ini selepas beliau kembali bersama Manchester United. Pada September 2021, Instagram Ronaldo mempunyai 237 juta pengikut je.

Selepas 5 bulan pengikut Instagram Ronaldo telah mencecah 400 juta dengan peningkatan 163 juta orang pengikut dalam tempoh tersebut.

Angka 400 juta pengikut itu dicapai Ronaldo hanya sehari selepas beliau meraikan harijadinya ke-37 mengatasi Kylie Jenner yang kini mengumpul 309 juta pengikut.

Satu post di Instagram Cristiano Ronaldo bernilai RM9.76 juta

Berdasarkan laporan, pada 2021, Ronaldo dibayar secara purata sebanya £1,019,100 untuk satu post ataupun RM5,785,894.79 dan kini telah meningkat sejajar dengan kenaikan harga ayam dan telur kepada £1.72 juta bersamaan RM9,765,028.92 duit Malaysia.

Bagi setiap hantaran Ronaldo di laman Instagramnya akan menerima tanda suka yang berbentuk love secara purata 10 juta sukaan.

Pada 2021 yang lalu, Ronaldo diiktiraf sebagai antara atlet menerima pendapatan paling tinggi oleh Forbes. Salah satu daripada sebabnya adalah peningkatan pendapatan daripada media sosial.

Forbes telah menilai pendapat Ronaldo pada tahun 2021 pada angka £88.6 juta (RM502.65 Juta) ditempat ketiga di belakang Conor McGregor dan Lionel Messi dalam senarai atlet berpendapatan tinggi.

Pada tahun 2020, pemenang pemain terbaik dunia lima kali ini telah menjadi atlet pertama meraih pendapatan $1 bilion (RM4 bilion) bagi kategori atlit sukan berpasukan yang masih aktif (active team-sport athlete).

Selain bola sepak,m media sosial dan juga kontrak lumayan sepanjang hayat bersama Nike, Cristiano Ronaldo juga menjana pendapatan melalui jenama pakaian CR7, aksesori, hotel dan gimnasium.

Dan sudah tentunya, Ronaldo akan meningkatkan lagi pendapatannya daripada media sosial pada tahun ini, kerana memang tak ada tanda tanda dia akan berkurangan populariti.

Ronaldo secara perbandingannya, lebih banyak pengikut berbanding dengan 92 kelab bola sepak di England secara keseluruhan.

Ronaldo seringkali memuat naik gambar dengan keluarganya. Gambar latihan dan juga gambar dia melancong serta tempat tempat menarik.

Berdasarkan buku Football Leaks: The Dirty Business of Football, Ronaldo juga sedia untuk disewa. Nilai yang perlu anda belanjakan untuk tempoh selama 4 jam setengah adalah RM5.2 juta (£920,000).

Menurut buku itu, pada 2013, sebuah syarikat dari Arab Saudi telah bersetuju dan rela untuk membayar kepada Multisports & Image Management untuk mendapat hak imej Ronaldo.

Dengan harga RM5.2 juta dan tempoh 4 jam setengah, individu atau syarikat yang membayar dibenarkan untuk membuat sesi penggambaran, dua kali penggunaan nama Ronaldo di media sosial mereka beserta lima helai jersi atau pakaian yang ditandatangan Ronaldo.

Dengan bonus tambahan, syarikat dibenarkan menggunakan imej Ronaldo untuk iklan tempatan sahaja selama sehari. Harga ni pada beberapa tahun yang lalu. Sekarang tak tau la berapa.

Pendedahan yang dibuat melalui buku yang ditulis oleh wartawan Der Spiegel, Michael Wulzinger dan Rafael Buschmann ini merupakan kejutan baru dalam dunia bola sepak pada ketika itu.

Kini ini semua bukan lagi satu kejutan, disebalik populariti dan kekayaan yang melimpah ruah, Ronaldo tidak menggunakan media sosial untuk meraih perhatian secara murahan.

Tonton:

BACA JUGA :

Doktor ini kongsi tips elak sakit lepas ambil dos penggalak

Sampai ajal, pekerja kilang maut dihempap kotak 5.5tan

Semua salah cikgu, sebab cikgu mak ayah buang aku

CATEGORIES