Satu Malaysia kena ‘game’ Alif Teega dakwa tak tahu Aisyah Hijanah failkan penceraian

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Tindakan usahawan dan personaliti media sosial iaitu Aisyah Hijanah berkongsi foto suaminya, Alif Teega di Instagram Story baru-baru ini telah mengundang tanda tanya orang ramai.

Perkongsian itu telah mencetuskan pelbagai persoalan terutamanya mengenai status perkahwinan pasangan kontroversi

berkenaan kerana Aisyah dikatakan sudah memfailkan perceraian terhadap Alif pada Ogos lalu.

Terbaharu, Alif yang juga merupakan personaliti media sosial itu seolah-olah terkejut apabila tindakan isterinya

memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjadi perbincangan netizen.

Satu Malaysia kena ‘game’ Alif Teega dakwa tak tahu Aisyah Hijanah failkan penceraian

Mengakui tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, pemilik nama sebenar Mohd Hazalif Mohd Hazani menerusi ruangan komen di hantaran Instagram memberitahu dia sibuk menguruskan perniagaan.

“Dapat dari siapa cerita? Alif takda cakap. Aisyah pun takda muat naik hantaran apa-apa,” tulis lelaki terbabit menerusi ruangan komen ketika membalas kenyataan salah seorang netizen.

Netizen terbabit mulanya meninggalkan komen dengan menyifatkan tindakan Aisyah mendakwa dirinya sudah memfailkan penceraian sebagai taktik pemasaran untuk menaikkan semula ‘nama’.

“Saja buat gempak nak cerai, minta nama naik kembali. Phuii,” dakwa netizen berkenaan dalam ruangan komen yang sama sebelum dibalas oleh Alif sendiri tidak lama kemudian.

Antara komen yang ditinggalkan oleh pengguna media sosial.
Terdahulu, Aisyah pada awal bulan September lalu pernah mendedahkan bahawa dirinya telah memfailkan penceraian terhadap Alif di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada Ogos lalu.

Wanita terbabit bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai puncanya bertindak demikian namun sempat menegaskan bahawa keputusan untuk berpisah adalah pilihan dirinya sendiri.

Sekadar info, Alif Teega dan Aisyah Hijanah berkahwin pada 25 November 2017 sebelum pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif dan Safiyyah Hijanah.

Difahamkan, rumah tangga pasangan kontroversi itu mula menjadi perhatian apabila Aliff berkahwin buat kali kedua dengan wanita dikenali sebagai Fatin Umaidah di Thailand.

Baca juga: Blogger terkenal meninggal dunia, rupanya RPK anak saudara Yang di-Pertuan Agong ke-11