Satu keluarga positif Covid-19 di Perlis

Satu keluarga positif Covid-19 di Perlis

10 kes positif Covid-19 di kesan di Perlis hari ini melibatkan satu keluarga di Kuala Sanglang. 10 sekeluarga terbabit terdiri daripada ibu dan bapa, anak berumur 40 tahun, 35 tahun, 27 tahun, 21 tahun, 16 tahun, 13 tahun , 11 tahun dan 3 tahun. Semuanya berasal dari Kg. Tanah Timbul, Sanglang.

Dalam sidang media yang baru diadakan sebentar tadi, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, Perlis mungkin mempertimbangkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) di kawasan tertentu jika jumlah kes COVID-19 di Perlis terus mencatatkan penambahan hari ini.

“Kes di Sanglang ini disahkan berpunca daripada kluster Sivagangga yang merebak ke sini dan penduduk di kawasan berkenaan diminta bersedia dari segi mental dan sebagainya jika kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan TEMCO,” katanya.

Sebelum itu, Majlis Agama Islam Perlis mengumumkan 12 masjid di Perlis ditutup dan solat Jumaat hari ini digantikan dengan solat Zohor dirumah masing-masing termasuk 7 masjid di DUN Sanglang.

Sumber : https://utaradaily.com/10-kes-positif-covid19-perlis-mungkin-laksana-temco__trashed/

COMMENTS