Satu keluarga kena bunuh, wanita baru tersedar kahwin dengan pembunuh bersiri

Satu keluarga kena bunuh, wanita baru tersedar kahwin dengan pembunuh bersiri

Satu keluarga kena bunuh, wanita baru tersedar kahwin dengan pembunuh bersiri. Kes sebuah keluarga yang disyaki mangsa keracunan makanan terbongkar selepas polis berjaya menahan tiga suspek yang terlibat merancang pembunuhan kejam itu.

Lapor Kompas.com, selepas seminggu menjalankan siasatan, polis mendapati kesemua mangsa sememangnya diracun oleh kumpulan pembunuh bersiri yang diketuai oleh suami mangsa.

Ai Maimunah, 40; dan dua anaknya hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, Ridwan Abdul Muiz, 23, dan Muhammad Riswandi, 17, meninggal dunia akibat diracun suspek di sebuah rumah sewa di Ciketing Udik di bandar Bekasi.

Sementara anak bongsu mangsa bersama suspek berusia lima tahun terselamat dan kini dirawat di hospital.

Jenazah ketiga-tiga mangsa dituntut bekas suami Maimunah dan dikebumikan di Cianjur.

Satu keluarga kena bunuh, wanita baru tersedar kahwin dengan pembunuh bersiri

Ketua Polis Metro Jaya, Fadil Imran berkata, misteri kes itu terungkai selepas polis menangkap suami mangsa, Wowon Erawan atau dikenali sebagai Aki yang ghaib selepas kejadian itu bersama seorang lagi suspek, Solihin atau Dulah serta adik Wowon yang turut mengalami keracunan, Muhammad Dede Solehudin.

“Muhammad dinamakan sebagai suspek selepas lakonannya meminum kopi yang sudah dituang racun terbongkar.

“Pihak polis turut memeriksa muntah yang berada di dalam rumah tersebut dan keputusan menunjukkan sampel itu mengandungi larutan racun perosak yang menjadi penyebab kematian tiga mangsa yang diracun itu.

“Polis mendapat petunjuk penting yang mendedahkan jenayah tiga suspek ini selepas menemui sisa-sisa sampah hangus yang dikesan adalah pembungkus racun perosak tersebut,” jelasnya.

Menurut Fadil, peristiwa sadis meracuni keluarga sendiri itu merupakan permulaan kepada terbongkarnya jenayah mereka yang disimpan selama bertahun-tahun

“Selepas Wowon ditangkap, pencarian semakin bertambah apabila pihak berkuasa menjumpai beberapa bahan bukti dan fakta lain bahawa Wowon bersama dua lagi suspek telah membunuh ramai orang di wilayah Cianjur di Jawa Barat.

“Wowon juga diketahui bertindak kejam meracun isteri dan dua anak tirinya itu kerana merasa terancam selepas mereka secara tidak sengaja mengetahui tentang pembunuhan yang berlaku di Cianjur,” kata Fadil.

Terdapat tiga kubur mangsa pembunuhan ditemukan selepas pasukan polis dan perubatan forensik melakukan siasatan lanjut di Cianjur.

“Jika diperincikan, seramai sembilan nyawa sudah diragut ketiga-tiga suspek dan ada mayat yang dibuang ke laut namun kami masih meneruskan siasatan jika terdapat lebih ramai lagi korban.

“Modus operandi mereka adalah menipu duit mangsa konon untuk menjadikan mereka lebih kaya melalui kuasa ilmu hitam tetapi apabila helah terbongkar, mereka akan membunuh dengan meracun mangsa-mangsa mereka,” jelasnya lagi.

BACA:

Tarikh bayaran STR Fasa 2 dah official keluar

“Dah ramai yang maki, cukuplah setakat ni saya tolong”

CATEGORIES