Sanusi tiada kredibiliti, cari publisiti murahan dengan kritik Mahathir-Anwar

Sanusi tiada kredibiliti, cari publisiti murahan dengan kritik Mahathir-Anwar

Kedah cukup malang kerana mempunyai seorang Menteri Besar bukan sahaja tidak di kenali tetapi juga tidak mempunyai credibiliti.

Mereka mengambil alih kerajaan mandat rakyat Pakatan Harapan pada 17 Mei 2020 di kala rakyat sedang bertarung dengan wabak Covid 19 dan sedang melaksanakan puasa di bulan Ramadan.

Beliau bukan sahaja tidak dikenali, tidak popular malah tiada credibiliti.

Agenda pertama beliau adalah mengkaji untuk mengizinkan semula pembalakan di Kawasan Tadahan Air Hutan Simpan Ulu Muda. Hasrat beliau ini ditentang oleh majoriti penduduk Kedah termasuk Ngo kerana hasrat ini bercanggahan dengan lumrah yang perlu menjaga lebih empat juta orang yang bergantung kepada HSUM sebagai kawasan tadahan air untuk minuman dan juga pertanian. Untuk rekod Kedah membekalkan lebih 40% keperluan beras negara.

Beliau juga turut di marahi oleh peminat KFA yang gagal membayar tunggakan gaji pemain walaupun telah diluluskan sebelum beliau ambik alih kerajaan.

Untuk membina imej dan credibiliti diri, beliau tidak ada jalan lain melainkan dengan menampilkan diri mengkritik dua negarawan negara Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar. Seolah-olah ingin meletakan diri nya setaraf dengan Tun dan Datuk Seri.

Dari mengkritik Tun dan Datuk Seri Anwar, baik lah beliau membetulkan presiden partinya sendiri yang bisu dan buta terhadap kepincangan kerajaan tebuk atap walaupun baru tiga bulan memerintah.

Sebelum itu parti Pas juga memainkan peranan penting bersama-sama menebuk atap, membelakangi dan mengingkari mandat rakyat dalam PRU yang lalu.

Sudah-sudah Sanusi, cari lah modal lain.

Sumber :

COMMENTS