Sanggup redah 160km demi mee ramen, pelanggan santai makan walaupun kedai terbakar

Oleh AHMAD SULAIMAN

Betul-betul lapar pelanggan dekat sini, sampaikan kedai terbakar pun masih ramai yang santai menikmati juadah.

Kalau dilihat pada gambar, dengan asap yang sudah mula memenuhi ruang, pastinya kebanyakan orang akan memilih untuk lari.

Menurut akhbar Metro UK, insiden itu dirakam oleh seorang pengunjung yang memaparkan api kebakaran menjulang naik ke siling dan asap tebal memenuhi ruang makan.

Terlihat empat individu yang kekal tenang menghirup kuah ramen dan kekal dalam kedudukan meskipun keadaan sudah agar kucar-kacir.

“Terdapat 15 pelanggan di restoran tersebut dan mereka semua tidak berganjak dari tempat duduk.

Sanggup redah 160km demi mee ramen, pelanggan santai makan walaupun kedai terbakar

“Mereka terus menikmati makanan meskipun telah berlakunya kebakaran,” ujar akhbar tersebut.

Pada masa sama seorang pelanggan memaklumkan media di sana bahawa dia sanggup datang dari Nagano yang terletak 160-kilometer di barat laut Tokyo.

Alasan diberikan untuk tidak lari adalah kerana mi ramen tersebut memang terkenal dengan kesedapan rasanya.

“Saya sanggup datang dari jauh semata-mata untuk merasa mi ramen yang sangat sedap ini,” katanya.

Awalnya, kakitangan restoran itu tidak membunyikan penggera amaran kebakaran, dan mereka hanya melakukannya apabila api semakin marak.

Sementara itu, polis memaklumkan bahawa tiada sesiapa yang mengalami sebarang kecederaan dalam kebakaran tersebut.

Pegawai bomba berkata, punca kebakaran masih belum diketahui dan sedang disiasat pihak berkuasa.

Baca juga: Ramai tanpa sedar rupanya salah teknik masuk gear! Ini cara ‘mujarab’ elak gearbox rosak