Sambil lewa dengan aduan rakyat, MB Selangor tegur MPAJ

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, telah mengarahkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)

agar lebih peka terhadap setiap laporan yang dibuat oleh penduduk di kawasan berisiko tanah runtuh.

Beliau menyatakan bahawa tindakan awal perlu diambil, termasuk memberi nasihat kepada pemilik tanah persendirian untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

“Sebab itu saya ingatkan tadi, kita tidak boleh memandang rendah laporan yang dibuat, termasuk di kawasan berisiko.

Dalam kes ini, pemilik pembangunan tersebut harus diingatkan atau diberitahu.

Sambil lewa dengan aduan rakyat, MB Selangor tegur MPAJ

Saya dimaklumkan bahawa dalam tempoh dua hingga tiga bulan lalu, sudah ada laporan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan penduduk Taman Melawati yang telah membuat laporan kepada MPAJ mengenai risiko kejadian tanah runtuh sebelum ini.

Semalam, beberapa penduduk di kawasan terjejas mendakwa laporan tersebut dibuat berhubung aliran air yang dikesan di kawasan lereng berkenaan beberapa bulan lalu.

“Lepas ini, semua pihak harus peka. Jika tanah tersebut milik Kerajaan Persekutuan, misalnya, jabatan atau agensi tertentu perlu dimaklumkan. Paling tidak, kita harus memberi amaran awal kepada pihak yang terlibat,” katanya.

BACA: Lepas ikan bukan spesies tempatan dalam tasik Shah Alam, MBSA tampil beri penjelasan selepas dikecam netizen