Samakan diri dengan Lim Kit Siang, Netizen sindir Wan Fahysal cakap tak serupa bikin

Oleh DAHLIA MARZUKI

Ahli Parlimen Machang rasa tidak puas hati dengan keputusan parlimen, dianggapnya tidak adil kerana melarangnya berada di beberapa kawasan di Dewan Rakyat.

Menurutnya, arahan yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Johari Abdul,

Bertentangan dengan amalan yang telah diguna pakai sebelum ini dan sepatutnya dihormati.

Ketua Pemuda Bersatu itu menjelaskan bahawa pada tahun 2018, Ahli Parlimen Gelang Patah ketika itu,

Lim Kit Siang, juga digantung selama enam bulan namun masih dibenarkan berada di kerusinya di Dewan Rakyat, cuma tidak dibenarkan terlibat dalam perbahasan.

Samakan diri dengan Lim Kit Siang, Netizen sindir Wan Fahysal cakap tak serupa bikin

“Pada 2018, Gelang Patah (Lim Kit Siang) turut digantung enam bulan seperti saya, tetapi ketika itu speaker (Pandikar Amin Mulia) membenarkannya duduk dalam dewan tetapi tidak dibenarkan bersuara.

“Ketika itu, Datuk Seri Najib Razak berbincang dengan speaker dan membenarkan Kit Siang berada di dewan untuk mengikuti sidang.

“Kenapa kini, di bawah kerajaan yang diketuai oleh orang yang dipanggil ketua reformasi Malaysia, bukan sahaja hak saya untuk membela diri dalam jawatankuasa pilihan khas parlimen dinafikan, malah saya kini dilarang sepenuhnya daripada memerhati sidang yang berlangsung,” katanya dalam satu sidang media di parlimen hari ini.

Sebelum itu, Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan, mempersoalkan keputusan Johari yang melarang Wan Ahmad Fayhsal daripada berada di galeri awam.

Ini susulan surat yang diterima daripada Johari pada Selasa lalu, memaklumkan bahawa Wan Ahmad Fayhsal tidak dibenarkan berada di galeri awam atau tempat pegawai kerajaan yang bertugas di Dewan Rakyat.

BACA: Padah tak ‘wala’ arahan pimpinan, JK bahagian Bersatu di gantung