‘Sama-sama kita doakan terbaik buat Syamsul’ Salina Saibi dedah keadaan terkini Syamsul Yusof

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Salina juga mengakui terkejut dan sedih mendengar berita mengenai kemelut rumah tangga pengarah tersebut.

Persahabatan mereka yang telah terjalin selama 15 tahun membuatkan Salina terkesan dengan nasib rakannya dan mendoakan agar segala urusan Syamsul dipermudahkan.

Sudah lama tidak bertemu dengan sahabatnya, Syamsul Yusof, pelakon Salina Saibi berkata dia masih berkomunikasi dengan pengarah tersebut melalui kiriman mesej.

Dalam perbualan mereka minggu lalu, Salina, 42, berkata Syamsul memberitahunya bahawa dia dalam keadaan baik dan tiada apa yang perlu dirisaukan.

“Saya tidak berjumpa dengannya secara bersemuka, tetapi kami sering berhubung melalui DM.

'Sama-sama kita doakan terbaik buat Syamsul' Salina Saibi dedah keadaan terkini Syamsul Yusof

Dia sentiasa mengingatkan saya supaya tidak risau kerana dia okay.

“Dia ada kata bahawa sebagai manusia, dia tidak lepas daripada membuat kesilapan. Dia masih sayangkan keluarganya. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Syamsul.

“Saya selalu pesan kepadanya, walau apa pun yang terjadi, carilah jalan yang terbaik,” katanya menurut laporan mStar.

“Sebagai kawan lama, kami selalu bertanyakan khabar masing-masing. Kami telah bersahabat sejak filem Bohsia lagi.

“Sukar untuk menggambarkan perasaan saya selepas mendengar berita tentang Syamsul. Saya hanya berharap agar urusan dia dipermudahkan. Mungkin ada hikmah tersembunyi yang kita tidak tahu. Hanya Allah yang mengetahui.

“Jadi, apabila berlaku perkara sebegini (penceraian) dalam hidupnya, sebagai kawan sudah tentu saya terasa,” ujarnya.

BACA: ‘Suami suka dera anak, semua anak dalam ketakutan kadang lari tumpan rumah kawan, 10 tahun mereka hidup dalam ketakutan’