Salahuddin Ayub agih 1.7 tan ikan segar kepada penduduk Pulai

Salahuddin Ayub agih 1.7 tan ikan segar kepada penduduk Pulai

Di kala orang ramai sedang bersiap-siap menghadapi Ramadan, penduduk di sekitar Kulai boleh tersenyum gembira apabila Ahli Parlimen Kulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub turun mengedarkan ikan segar sebanyak 1.7 tan kepada mereka.

Beliau yang hadir bersama-sama petugas Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pulai telah berkunjung ke Flat Jalan Camar dan PPRT Uda Utama antara lainnya. Seramai lebih kurang 60 orang penerima telah mendapat bantuan bekalan ikan tersebut. Antara yang menerimanya termasuklah golongan kanak-kanak OKU dan warga emas.

Ramadan tahun ini sudah tentu menjadi satu pengalaman berbeza untuk rakyat Malaysia yang berdepan dengan wabak COVID-19 dan tempoh PKP sehingga 12 Mei. Datuk Seri Salahuddin Ayub turut mendoakan agar urusan penduduk setempat dipermudahkan sepanjang bulan Ramadan ini.

Sumber :

COMMENTS