Salahguna perkataan ‘laknat’ untuk kepentingan politik

Salahguna perkataan ‘laknat’ untuk kepentingan politik

Ini sekadar gambar hiasan, Ini perjumpaan wakil UMNO dan PAS yang pada suatu ketika mahu memperkasakan Akta 355.. Kononnya nak tegakkan hukum Islam.. Pagi ini aku cuba nak betul salah faham tentang Laknat..

Sebelum ini aku pernah menulis ketika Kerajaan PH melantik wakil Transgender dalam sebuah pertubuhan Dunia dalam memerangi AIDS.., Seringkali dalam masyarakat kita.. bila bicara Soal laknat, kita hanya nampak dan tujukan kepada kelompok pondan.. Sudah pasti watak seperti Saj4& dan Safi3 Ely45 akan menjadi sasaran..

Kita ummat Islam perlu faham.. , Dalam Islam, dalam hadis dengan lafaz laknat Nabi (لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ ) bukan saja kesalahan itu melibatkan lelaki menyerupai Perempuan(Pondan) الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ Tetapi perempuan yang menyerupai gaya lelaki الْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ..

Gambaran kedua yang dilaknat itu sering diganding di dalam Hadis Nabi ﷺ. ia tidak semata mata melibatkan pondan.. ia lebih bersifat laknat atas sifat tasyabbuh..

Laknat Nabi ﷺ tidak lah kadangnya ia seperti gambaran Ustaz dan Lebai bicara di Masjid, Atau PU dan Imam muda bicara di facebook.. sebagaimana dalam kitab Fathul al-Bari dan al-Thabari menjelaskan maksud laknat ( لعن ) disini, bermakna tidak harus ( لا يجوز ) iaitu haram..sama kedudukannya hukum mereka yang tidak menutup aurat.. ulama juga berbeza tentang tafsiran ayat فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ ..Jadi kita letakkan kefahaman yang betul..

Dikalangan Masyarakat Melayu cukup suka melaknat pondan atas sebab mereka dikatakan kelompok yang dilaknat..Malangnya sifat jijik, sifat benci kepada kelompok rasuah tidak pula setebal kebencian kepada pondan.. Sedangkan Pondan itu satu bentuk Dosa Peribadi, Sedangkan rasuah itu sudah melibatkan hak orang lain, terutama hak rakyat miskin.. ia sepatutnya lebih dibenci Ummat Islam.. bukan kah mereka juga kelompok yang Dilaknat ?

عَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ..

Rasulullah ﷺ melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah”

( Riwayat Abu Daud, Tirmizi )

Tapi itulah peliknya bani Melayu.. Dengan Perasuah ,hatta dia mengaku Ulama, Agamawan dia tanpa rasa mau boleh membela dan berdamping dgn mereka ini. tetapi dengan Pondan, Mereka bersungguh sungguh melaknat… Begitulah kalau kita melihat reaksi pendakwah, Kelompok yang dikata Ustaz Selebriti yang sering memberi reaksi berlebihan.. seolah olah mereka penjaga pintu Syurga dan Neraka..

Itu belum lagi disentuh laknat bagi 10 golongan yang dikaitkan dengan Arak..Apakah kerajaan Melayu Islam hari ini termasuk dalam 10 golongan itu kerana mengekalkan penjualan dan Kilang Arak ? sudah tentu tidak sepertimana kata Si Azhar Idrus.. Kerajaan Setan.. atau pun mereka itu Pemimpin Setan..

Dulu Masa Kerajaan PH melantik transgender dalam usaha dan tugas satu badan Dunia memerangi AIDS, riuh para pendakwah dan agamawan.. Kalau begitu logiknya Azalina yang menyerupai lelaki jika dirujuk kepada hadis Nabi tergolong dalam kesalahan Syariah, diberikan kedudukan istimewa dalam menyokong usul (RUU355), Kenapa kita tidak boleh menyokong usaha membanteras AIDS.. bukan kah itu konsep taawun dalam perkara baik..

Tapi itulah PAS dan UMNO semua perkara yang menguntungkan Politik mereka.. Mereka akan mainkan semahu mungkin.. Bukan benar benar kerana menegakkan islam..tetapi sebab Politik.. 🙂

Ipohmali

Tazkirah Jumaat

17 Julai 2020

Sumber :

COMMENTS