Tular sebuah video memaparkan pergaduhan antara dua kumpulan penyokong bola sepak tempatan,
di mana salah seorang individu terjatuh sebelum pergelutan berlaku, menarik perhatian ramai.
Dalam video berdurasi satu minit yang dikongsikan di media sosial itu, kelihatan sekumpulan lelaki
saling berkejaran dan membelasah pihak lawan di hadapan sebuah kedai makan.
Namun, di sebalik kekecohan tersebut, aksi seorang lelaki yang tersungkur di hadapan kedai itu mencuri tumpuan warganet.
“Sakit jatuh atas tar macam tu. Tapi yang lebih sakit ialah malu yang tak hilang-hilang,” kata pengguna MR.RZMN.
“Yang jatuh tersagat tu, sempat senyum lagi..dalam hati, ape la sial aku arini..blom gaduh dah sakit calar balar..tu blom malu lagi..” 😌
Kredit : Faizjoo pic.twitter.com/pNzj5QZGiX
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) November 2, 2024
Ramai juga pengguna media sosial mengecam pergaduhan itu, menganggapnya tidak wajar hanya kerana bola sepak.
“Tak boleh ke tengok bola sambil berseronok? Nak lari pun susah, tapi ada hati nak bergaduh,” komen I’m Mamabosan.
“Tak matang kalau bergaduh sebab bola,” kata Ryoiki.
“Jangan buat macam ni, dik. Lagi seronok kalau kita ‘enjoy’ sukan sama-sama,” ujar Jeanal.
BACA :Tunggu ketibaan wakil rakyat, jambatan tiba-tiba runtuh