Sajat sudah tukar jantina mengikut undang-undang, kini sah perempuan!

Sajat sudah tukar jantina mengikut undang-undang, kini sah perempuan! Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat memaklumkan bahawa di sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia.

Nur Sajat, 35, melalui sesi Live di Instagramnya berkata, dia berasa seperti dilahirkan semula dan sangat gembira kerana proses untuk menukar status jantina di negara itu mudah dilakukan.

Sajat sudah tukar jantina mengikut undang-undang, kini sah perempuan!

“Saya gembira sangat semua dah selesai. Saya tukar ‘gender’ saya. Saya rasa selesa menjadi wanita, saya hargai kerana negara ini faham keadaan saya dan saya rasa sangat bebas sekarang.

“Saya boleh jadi diri sendiri, saya bangga menjadi wanita. Terasa seperti dilahirkan semula, ini yang saya mahukan. Saya mahu orang terima saya,” katanya.

Ditanya oleh pengikutnya sama ada dia akan menukar namanya, Nur Sajat memaklumkan dia akan kekal menggunakan nama Nur Sajat.

Sajat sudah tukar jantina mengikut undang-undang, kini sah perempuan!

Terdahulu, Nur Sajat memilih untuk memulakan kehidupan baru di Australia sejak Oktober tahun lalu kerana berasa tidak selamat tinggal di Malaysia.

Nur Sajat sebelum itu turut menjadi buruan pihak berkuasa sehingga melarikan diri ke Thailand sebelum ditahan oleh pihak Imigresen pada 8 September 2021 kerana memiliki pasport tidak sah.

Tonton:

Berita Lain:

“Kena Scam!”, lelaki ini menyesal beratur panjang hanya untuk beli air viral

Sajat takkan maafkan siapa yang fitnah dia bangkrap

Dikait dengan lelaki bida harta Sajat, Aliff Syukri akhirnya bersuara

CATEGORIES