Sajat jelas situasi sebenar – “Sebenarnya doktor cakap saya.

Oleh AHMAD SULAIMAN

Usahawan kosmetik, Nur Sajat baru-baru ini mengejutkan orang ramai selepas mendakwa dirinya menghidap kanser dalam satu siaran langsung di laman TikTok.

Tidak ingin spekulasi terus beredar, pemilik nama sebenar Sajjad Kamaruz Zaman itu tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung masalah kesihatan yang dihadapinya.

Menurut Sajat, pakar perubatan di Australia iaitu negara tempatnya menetap hanya mengesyakinya menghidap penyakit kanser ekoran berat badannya turun mendadak.

Sajat jelas situasi sebenar – “Sebenarnya doktor cakap saya.

Bagi mengesan sel kanser, Sajat terpaksa mengikut saranan doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh termasuk Imbasan Tomografi Berkomputer atau CT Scan.

Penjelasan dibuat usahawan berusia 39 tahun itu menerusi sesi siaran langsung terbaharu yang sempat dirakam sebelum dimuat naik semula oleh pengguna TikTok di platform tersebut.

“Saya hanya disyaki hidap kanser, belum disahkan lagi. Doktor syak saya ada kanser sebab terkejut tengok badan kurus secara mendadak. Lagipun, dia kenal (cam) saya.

“Doktor tanya sama ada saya mengalami pening-pening. Dia juga memeriksa tekak, mata dan minta saya menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan CT Scan.

“Saya kurus sebab masuk kelas menari, tukar rutin dan diet. Apabila tengok saya ini kurus dan sakit, mulalah (doktor) suspek yang bukan-bukan,” jelas sosok sensasi itu.

Selebriti media sosial yang sedang menunggu hasil pemeriksaan itu turut memohon doa orang ramai agar tidak dijangkiti kanser atau sebarang penyakit berbahaya.

@jen.rjane Sajat +ve c0v!d 😷 Doctor suspect je sajat *c* word sebab tengok dia lost we!ght byk. Hopefully next week CT scan takde apa2. Lets pray for sajat’s health semuanya ❤️ #sajat #sajatlive #nursajat237 #nursajat #fyp #foryoupage @nursajat kamaruz zaman @nursajat23 ♬ original sound – 𝓳.𝓻𝓳౨ৎ

Mengulas lanjut, Sajat memaklumkan bahawa proses dilaluinya itu hanyalah perkara biasa kerana pihak hospital mahu mengenakan caj pemeriksaan terhadap kerajaan.

“Suspek (kanser) sahaja. Janganlah betul-betul. Insya-Allah, tiada bendalah. Kamu semualah suka bertanya, ‘sakit ke Sajat, kurus sangat?’. Jadi emosi, sudahlah saya seorang diri di sini.

“Doktor sini biasalah, nak ‘claim’ apabila tengok pesakit ada medical card. Adalah itu, pihak hospital mahu mengenakan caj kepada kerajaan. Mereka suruhlah buat CT Scan, semua bagai.

“Biasalah, nak buat duit. Kalau ada pun penyakit kanser, biarlah. Tak kuasa. Sudah malas nak fikir. Kamu semua bukannya sayang Sajat pun.” Ulasnya sambil berseloroh dengan peminat.

Walaupun belum mendapat keputusan CT Scan, Sajat bagaimanapun telah disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin di rumahnya di Australia, seorang diri.

Baca juga: “Kaki aku kadang-kadang lemah bila nak berdiri, tangan pun sama, nak kata stroke tapi bukan, rupanya ini dosa aku terhadap isteri”