Sajat berjaya beli rumah harga berjuta-juta di Sydney, “dia bisnes apa kat sana?”

Sajat berjaya beli rumah harga berjuta juta di Sydney dia bisnes apa kat sana

Sajat berjaya beli rumah harga berjuta-juta di Sydney, “dia bisnes apa kat sana?” Nampaknya pengusaha kosmetik popular, Nur Sajat benar-benar ingin ‘settled down’ dan menetap di Australia.

Terbaharu, menerusi akaun Instagramnya, Sajat mendedahkan yang dia kini telah berjaya memiliki sebuah rumah yang terletak di Sydney, Australia.

Lebih istimewa, rumah yang dikatakan bernilai lebih AUS$500,000 (RM1.5 juta) itu berjaya dibeli hanya selepas enam bulan memulakan bisnes di bumi kangaru itu.

“Alhamduillah… Sajat tak sangka yang Sajat dah beli rumah di Sydney dengan harga $5++k. Sajat happy sangat-sangat dalam masa 6 bulan Sajat mulakan business online di Sydney, struggle about tax, GST dan sebagainya… akhirnya Sajat dah start kumpul asset Sajat di sini. Amin amin amin.

“Thank you so much to my real estate property, broker, my lawyer and accountant Sajat banyak membantu Sajat untuk urusan pembelian rumah Sajat ini. This is a new start of my journey as I’m already running my business in Australia,” tulisnya.

Sajat berjaya beli rumah harga berjuta juta di Sydney dia bisnes apa kat sana

Menurut Sajat, dia ingin fokus dengan apa yang dilakukan dan ingin terus maju ke hadapan tanpa menoleh belakang.

“Jika kita yakin dan focus apa kita buat, sure kita akan maju kehadapan. Setelah apa terjadi pada Sajat tahun lepas, Sajat just focus kehadapan sahaja. I dah move on.

“Rezeki ada di mana mana. Kalau kita yakin dengan perniagaan kita buat, pasti rewards kita akan dapat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberi maklum balas positif atas kejayaan pemilikan rumah di luar negara.

Tidak ketinggalan, sahabat baik Sajat iaitu Datuk Aliff Syukri turut mengucapkan tahniah kepadanya.

BACA: 

Wajah bakal menantu Che Ta terdedah, “manis sangat ni..”

PM sahkan PRU-15 dibuat lebih awal

YDP Agong dalam keadaan gering – Istana Negara

CATEGORIES