Sah! Kim Pan Gon tinggalkan Harimau Malaya, luah sebab letak jawatan

Oleh DAHLIA MARZUKI

Pan-gon menyifatkan tempoh dua setengah tahun berkhidmat di Malaysia sejak Februari 2022 sebagai satu perjalanan yang indah dan luar biasa dalam hidupnya.

Jodoh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon, bersama Harimau Malaya berakhir apabila beliau membuat keputusan

untuk meletakkan jawatannya berkuat kuasa serta merta disebabkan komitmen peribadi.

Pan-gon menyifatkan tempoh dua setengah tahun berkhidmat di Malaysia sejak Februari 2022 sebagai satu perjalanan yang indah dan luar biasa dalam hidupnya,

terutama apabila berjaya membawa skuad Harimau Malaya layak secara merit ke Piala Asia selepas 43 tahun.

Sah! Kim Pan Gon tinggalkan Harimau Malaya, luah sebab letak jawatan

“Hari ini, saya telah memutuskan untuk berundur sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia kerana komitmen peribadi saya. Saya memohon maaf atas sebarang kekecewaan yang mungkin ditimbulkan kepada semua pihak.

“Sejak saya tiba pada Februari 2022, rakyat Malaysia telah memberikan saya satu perjalanan yang sangat luar biasa dan indah dalam hidup saya.

“Pada Jun 2022, kita bersama-sama berkongsi kegembiraan apabila Malaysia layak ke Piala Asia secara merit selepas 43 tahun. Sejak itu, kita telah meningkat ke tangga ke-130 dalam ranking FIFA.

Dalam aksi terakhir Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari lalu, kita berjaya seri 3-3 dengan pasukan ranking ke-22 dunia, Republik Korea, yang menunjukkan kebanggaan yang rakyat Malaysia harus ada dalam bola sepak mereka.

“Namun, malangnya kita tidak layak ke pusingan akhir Kelayakan Piala Dunia 2026. Tapi dengan tiga kemenangan, satu seri, dua kekalahan, dan 10 mata, kita telah menyediakan satu asas dan momentum bagi menyemai harapan untuk masa depan bola sepak Malaysia yang cerah,” kata Pan-gon.

BACA: Abby Abadi bakal timang cucu pertama? Netizen nampak ‘baby bump’ Marissa Dania