Assalamualaikum dan salam sejahtera.Saya Alya. Saya menulis ini bukan untuk membuka aib mana mana pihak.
Hanya secebis nasihat ikhlas atas pengalaman saya setelah bergelar balu.Sepanjang saya berkahwin, saya langsung tiada masalah dengan keluarga mentua.
Memandangkan saya sebatang kara di negeri ini, 80% hidup saya adalah dengan keluarga mentua.
Saya tak punyai siapa siapa, waima seorang sepupu pun di sini. Saya berpindah ke sini setelah bernikah dengan aruwah suami.
Setiap kali cuti sekolah, setiap kali raya.. muka ni la dengan anak beranak ziarah mentua.
Menemani, membantu memasak dan meriuhkan suasana rumah kampung. Ipar ipar jarang balik kerana susah cuti dan bekerja shift.
Ke mana mentua nak pergi, kami bawa. Langsung saya tidak berkira masa dan wang ringgit untuk keluarga mentua.
Sumpah, saya sayangkan kedua mentua macam ibu bapa sendiri. Kadang kadang saya yang ‘over’ nak balik rumah mentua.
Nampak tak di situ, betapa saya selesa, rapat dan sayangkan mereka… huhuu
Apabila mentua ke bandar, rumah ini la mentua bermalam. Even rumah anak anak perempuan kandungnya ada sekitar sini, rumah ini jugak dia pilih untuk bermalam.
Tapi setelah aruwah suami saya meninggal.. keadaan bagai langit dan bumi. Saya tak tahu apa silapnya.
Pada mulanya, saya seperti biasa.. tetap balik ke rumah mentua even suami telah meninggal.
Tetap telefon dan menghulurkan duit jika pulang ke kampung.
Tapi layanan mereka berbeza, tiada lagi panggilan telefon bertanya khabar saya dan anak anak.
Tiada lagi kunjungan ziarah mereka ke rumah ini.
Saya sejenis positif. Bersangka baik je.. even hati sedih.
Dah la hilang suami, rasa pulak terkontang kanting tanpa sesiapa di negeri ini. Memang hilang tempat bermanja sepenuhnya..huu.
Kemuncak rasa hati ini meletup bila aku di Pusaka Kecil (urusan faraidkan rumah ini).
Rumah ini nama bersama bersama aruwah. Saya jelas dan faham berkenaan faraid.
Bapa mentua pernah cakap, dia tidak akan tuntut waima sesen pun harta aruwah.
Dia hanya berharap aku dapat besarkan empat orang cucunya dengan baik. Cukup makan, pakai dan pelajarannya.
Sepanjang dalam iddah, saya dan anak anak langsung tidak dapat bantuan nafkah daripada keluarga mentua.
100% duit saya aturkan perbelanjaan kami anak beranak.
Tapi saya masih lagi positif, even dapat rasakan layanan sudah berbeza.
Mungkin keluarga mentua beranggapan dia berlepas tangan dari segi nafkah kerana melepaskan bahagian faraidnya.
Dua minggu sebelum aruwah suami meninggal (kondisi dah teruk), kami ada berbincang soal rumah ini.
Aruwah tanya, di mana saya nak duduk dengan anak anak jika dia meninggal. Dia tahu saya tiada sesiapa di negeri ini.
Raut wajah, jelas nampak dia bimbangkan saya dan anak anak. Saya jauh dengan saudara dan drah daging sendiri.
Saya dengan tenang, menjawab.. Rumah kita di sini, saya dengan anak anak akan terus di sini. Ke mana lagi saya nak pergi. Harta kita, rumah ni sahaja.
Tambahan pula, keluarga mentua sangat baik. Saya yakin mereka pasti tidak akan abaikan saya dan anak anak.
Aruwah menambah, dia BERANI POTONG JARI laa.. kalo ayahnya menuntut bahagian faraid rumah ini..
Namun saya cuba meminta aurwah declare dengan keluarga mentua berhubung hutang aruwah (loan bank) yang menggunakan nama saya.
Saya berharap bila suami declare, keluarga mentua jangan la menuntut faraidnya kerana saya menanggung hutang aruwah. Lebih banyak amaunnya daripada hak faraid mereka.
Tetapi aruwah sekali lagi berkata, dia BERANI POTONG JARI kalau ayahnya menuntut rumah ini.
Namun apa yang saya gusarkan terjadi juga. Bapa mentua mahukan tuntutan faraid atas rumah ini.
Di Pusaka Kecil, hakim meminta kami angkat sumpah untuk berkata yang BENAR BENAR BELAKA setiap statement yang dikeluarkan.
Kami sama sama mengangkat tangan bersumpah.
Hakim menanyakan, anak anak dibesarkan bersama siapa, kami tinggal di mana, dapat bantuan dari keluarga mentua tak, dah buat badal haji untuk aruwah ke, bagaimana dengan segala urusan hutang aruwah..
Saya menjawab apa yang betul. Anak bersama saya, duduk di rumah yang dituntut ini, telah membuat badal haji untuk aruwah dan telah melangsaikan segala hutang aruwah (kecuali hutang aruwah atas nama saya. Saya tak akan mampu bayar sedebuk.)
Hakim tanyakan lagi, sudahkah kami berbincangkan berkenaan faraid rumah yang dituntut.
Saya jawab tidak kerana bapa mentua dah maklumkan, di mana dia tidak mahu sesen pun duit aruwah. Dia hanya meminta saya membesarkan empat cucunya dengan baik.
Sejurus itu juga, bapa mentua bersuara dan ingin menuntut bahagian rumah ini. Saya masih ingat lagi kata katanya.
Kalau ikut dia. Dia kesiankan saya dan cucu cucunya tetapi adik beradik aruwah yang lain menyuruhnya menuntut rumah ini atas alasan untuk kenang kenangan.
Sungguh saya terkesima. Menitik nitik air mata dan tersedu sedu saya di depan hakim.
Sampai hati ipar ipar Sungguh saya terkejut dan kecewa. Tak sangka begitu busuknya hati ipar ipar ni..
Dan berganda tak sangka yang bapa mentua akur dengan cadangan ipar ipar.
Rupa rupanya saya sahaja yang menyayangi mentua seikhlas hati, mereka tak anggap pun saya ni macam anak dia. Masih orang luar.
Saya sahaja yang terhegeh hegeh rupanya.
Jika mereka anggap saya ni anaknya, dia tak akan sampai hati buat saya macam ni.
Jika mereka menganggap saya ni adik beradik, mereka tak akan sampai hati perlakukan kami sebegini.
Mereka tahu perjalanan hidup kami suami isteri. Suami pernah kena tipu dengan partner (loan atas nama saya).
Rezeki tidak menyebelahi aruwah suami even dia sangat rajin.
Suami kerja ON OFF atas pelbagai faktor terutama kesihatan. Sebahagian besar urusan perjalanan kewangan rumah ini, dari duit gaji saya.
Berkenaan loan atas nama saya, saya tak menyesal. Saya ikhlas bantu suami saya.
Satu nasihat ikhlas saya, jika la suatu hari nanti.. Kalian diuji suami yang kurang kemampuan dari segi kewangan, JANGAN HULURKAN DUIT KEPADA MENTUA MELALUI SUAMI.
Jika kalian hendak memberi, berilah dengan tangan dan jari jemari sendiri. Biar keluarga mentua tahu realiti perkahwinan anaknya.
Jika suami tak ada duit ketika itu, biarkan.. Biar tangan kita sahaja yang menghulur dan sememangnya pun duit kita.
Rutin kami dulu, aruwah suami menghulur dan saya pun menghulur even duitnya dari gaji saya.
Bila dah jadi begini, pengajaran untuk saya. Jangan diulang pada yang lain.
Niat saya baik, nak jaga aib suami tapi niat baik tu membuat saya kesal hingga hari ini.
Keluarga mentua mungkin beranggapan anaknya banyak duit.
Saya pun bukan jenis bercerita kekurangan nafkah suami dalam keluaga kecil kami. Saya bantu mencukupkan keperluan rumah dan anak anak. Saya bukan jenis berkira orangnya.
Tapi nasib saya tidak begitu baik bila diperlakukan begini. Sungguh saya kesal.
Sesungguhnya, jika suami kalian meninggal.. orang tak cari ayah, ibu, kakak atau adik bagi melangsaikan hutang aruwah.
Tetapi orang akan cari isteri. Hadap la isteri seorang.
Even mereka tahu hutang drah dagingnya, dia hanya mendengar. Tak ada pun sama sama buat collection untuk langsaikan hutang, isteri ini la bergolok gadai membayar segalanya.
Saat suami nazak, saya menelefon individu yang suami berhutang.
Saya merayu tolong lepaskan bebanan hutang suami dengan meletakkan semua hutang atas nama saya. Saya berjanji membayarnya sehingga langsai.
Ada yang menghalalkan dan ada yang saya bayar berperingkat.
Saat saya berbisik di telinga aruwah, memaklumkan semua hutangnya saya sudah langsaikan (hutang berpindah atas nama saya). Dia hanya mengalirkan air mata.
Saya nampak wajah tenang di saat nyawanya ditarik.
Saya hanya berdoa, agar Allah mudahkan saya melangsaikan hutang. Sungguh saya rasa terbeban bila menanggung hutang sesama manusia.
Moga Allah memanjang usia saya, memewahkan rezeki saya dan memudahkan segala urusan saya membesarkan empat anak yatim ini.
Jangan ulangi kesilapan saya.
Soalan saya, perlu ke lagi saya berbaik?
Kalau ditanya saat ini, hati saya kosong. Hilang rasa untuk hubungan keluarga ini. Saya hanya mendiamkan diri.
Sesekali bila teringat, air mata ini laju je mengenangkan nasib.
Kalau aruwah masih hidup, pasti dia pun sedih dan tak sangka layanan sebegini isteri dan anak anaknya dapat.
Reaksi Warganet
Yana Abdul –
Saya mengalami pengalaman yang sama pabila ibu angkat saya meninggal.
Dalam kes saya, saya ni anak angkat. Jadi, dengan memutuskan hubungan dengan mereka ni adalah jalan terbaik dan tenang. It’s ok to CUT the relationship.
Ada sebahagian mantainence hartanya saya masih bayarkan. Waris dimana? WARIS SIBUK MENUNTUT!
Dah jalan mengesot, dah nak mti pun masih sibuk menuntut.
Semasa aruwah sakit, yang menjaganya saya, yang berabis licin kontang duit dalam bank itu adalah saya, yang menahan sebak dan kena maki dengan sedare mara yang lain tu saya.
Masatu baru 18 tahun umur, sampai hati waris warisnya biarkan saya tak makan minum.
Hiduplah seorang diri sejak itu. Sama la macam confessor, sebatang kara.
Alhamdulillah, confessor percayalah, akan ada hamba Allah yang baik yang akan bantu orang macam kita.
Barakallahufiki, saya bahagia sekarang kerana ada sahabat sahabat yang amat sayangkan saya. Alhamdulillah
Almahera Ibrahim –
Tuntut dulu harta sepencarian atas rumah tu barulah difaraidkan.
Dah tinggal separuh tu nanti tinggal sikit jer portion untuk bapa mentua sebab puan pun ada 4 orang anak. Puan pun ada bahagian faraid dekat situ.
Tak perlu bersedih sangat. Bagi saja hak ayah tu. Ingat saja jasa dia besarkan suami kita.
Usahakan bayar sikit portion faraid bapa mentua tu. Lepas tu move on saja..
Adnidail Kitchen –
Semoga Puan kuat menghadapi cabaran. Sebenarnya ini bukanlah soal kita mesti begini dan begitu. Ini jalan cerita Puan yang Allah dah atur.
Mungkin nampak susah Dan sedih sekarang. Percayalah Akan ada sinar yang datang.
Bagi soalan puan tu, pada saya berpada padalah. Pasti bapa mentua pun akan menyesal nnti.
Mungkin mereka takut puan berkahwin dan harta jatuh pada suami baru. Manusia ni kan sikapnya banyak bersangka sangka.
Tapi percayalah, segala Yang bukan menjadi hak Kita jari ini akan Allah gantikan dengan yang lebih baik..
Semoga anak anak Puan menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya dunia akhirat dan menjadi sumber ketenangan puan pada masa hadapan..
Azira Hanani –
Hugs sis… Tak mampu nak meluahkan dengan kata kata. Moga sis terus kuat.
Cuma berkongsi pengalaman. Aruwah abah saya meninggal dunia ketika saya berumur 19 tahun, dengan adik beradik yang ramai ( saya no 5 daripada 12 adik beradik) dengan si bongsu baru berumur 10 bulan.
Alhamdulillah, kedua orang tua aruwah abah melepaskan semua hak faraid mereka pada ibu saya dan langsungg tidak mengambil walau sesen pun harta di atas nama aruwah sedangkan orang tua aruwah hanyalah orang kampung yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Itulah yang ibu saya ceritakan.
Muzafira Mukholit –
Itulah gunanya kita wanita wanita ini especially yang surirumah amik HIBAH, atas nama suami.
Sekurang kurangnya ada duit cash untuk membantu isteri isteri ini meneruskan kelangsungan hidup dan membayar hutang faraid atau hutang hutang lain.
Ramai yang tak sedar keperluan ini. Bila dah jadi baru terfikir alangkah baiknya sekiranya kita ada mengambil hibah.
Jadi buat isteri isteri diluar sana ambillah pengajaran dari kes tt ni dan marilah beramai ramai ambil HIBAH untuk kepentingan diri sendiri dan anak anak.
Sumber – Alya