Saat kita bersedia hadapi Covid-19, politikus rakus rosakkan segalanya

Saat kita bersedia hadapi Covid-19, politikus rakus rosakkan segalanya

Apabila negara berdepan ancaman keselamatan seperti wabak Covid-19 ini, ia tidak sepatutnya ditunggangi sebagai isu politik murahan. Sebab itu saya tak bersetuju apabila Menteri Kesihatan Dr Adam Baba masih hendak mempolitikkan isu ini. Dia mendakwa kononnya “Kerajaan PH gagal bendung kluster Tabligh”.

Saya bukanlah minat sangat dengan PH atau PN atau mana-mana saja kem politik kepartian, tetapi juga tak berkenan jika isu kesihatan dijadikan modal politikus, apatah lagi jika faktanya pula salah.

Untuk rekod, perhimpunan tabligh diadakan pada 27 Februari hingga 3 Mac. Waktu itu kerajaan PH telah pun terbubar, apabila Tun Dr M meletakkan jawatannya pada 24 Februari, berikutan permainan memualkan game of thrones langkah sheraton yang dimulakan oleh para politikus gila kuasa.

Bayangkan, ketika saat genting wabak melanda, politik negara pula terumbang-ambing, dan tiada barisan kabinet, kerana para politikus yang tak habis-habis melompat sana-sini, sekejap tanda tangan akuan sumpah sokong ke kanan, sekejap lagi tandatangan akuan sumpah sokong ke kiri pula.

Sedangkan sebelum kekucaran politik tersebut, Kementerian Kesihatan telah pun berjaya menangani wabak Covid-19 dengan amat berkesan, sehingga pada 16 Februari tiada langsung kes baharu dikesan, dan hanya 5 pesakit yang sedang dirawat (rujuk gambar kedua). Walaupun ramai yang tak setuju pada waktu itu, kenapa kerajaan tidak sekat pelancong, tetapi fakta tetap fakta, iaitu walau tanpa sekatan tersebut, tempoh di antara 16 Februari hinga 26 Februari, tiada langsung kes baharu Covid-19 direkodkan di Malaysia (gambar ketiga).

Tetapi para politikus pula memilih untuk berebut jawatan, sehingga negara terbiar tanpa kepimpinan di saat getir, kluster baharu timbul dalam saat terumbang-ambing itu, maka jika ada yang hendak dipersalahkan atas kegagalan membendung kluster-kluster baharu Covid-19, para politikus inilah yang wajar kita persalahkan.

Sumber :