Rupanya Zara Zya dah bertunang tapi dah putus, bekas tunang cerita hal sebenar. “SELEPAS bertunang baru jumpa dua kali iaitu pada hari pertunangan dan pada malam Anugerah Skrin.
“Kami putus bukan sebab orang ketiga. Ia lebih lebih kepada kami. Saya tak nak buka ruang tuding jari menyalahkan orang lain. Tidak mahu orang lain terbabit. Orang luar jangan spekulasi,” kata pelakon, Hafreez Adam sekali gus mengeshkan sudah putus tunang dengan pelakon Zara Zya sejak bulan lalu iaitu selepas sebulan bertunang.
Hafreez atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan berkata, itu adalah terbaik buat mereka selepas tidak lagi melihat sebarang perkembangan positif dalam perhubungan.
“Sejujurnya, kami putus bulan lalu. Saya lambat maklumkan perkara ini pun sebab Zara minta diberi masa. Jadi, kelmari kami putuskan untuk bercakap secara rasmi perkara ini. Saya tidak mahu terus men1pu.
”Kami tidak gadvh. Kami berp1sah secara matang. Ada 1su yang terjadi tetapi biarlah antara kami saja yang tahu. Saya jumpa dia dan berbincang.
“Saya cakap apa yang dirasa, begitu juga dengan dia. Selepas apa dilalui, saya berasakan perkara lebih rvmit akan berlaku jika perhubungan ini diteruskan. Jadi, putus adalah jalan terbaik. Dalam masa sama, tak nampak hala tuju,” katanya kepada Harian Metro.
Hafreez yang juga pelakon Mona Lisa berkata, dia sudah memaklumkan keluarganya mengenai perkara itu sejak dari awal mereka putus.
Malah, Hafreez menghadiahkan cincin dan hantaran yang diberi pada hari pertunangan mereka kepada Zara.
“Keluarga saya sudah tahu dari awal lagi. Mengenai cincin dan hantaran, saya hadiahkan terus padanya. Saya halalkan dan dia boleh simpan semuanya.
“Tipu kalau saya cakap tak ralat dan kecewa apabila putus. Sebab membabitkan air muka keluarga. Saya sayang dia. Saya bertunang dengan dia seminggu selepas arw4h bapa men1nggal.
“Apapun, kami anggap ini keputusan matang. Saya anggap bukan jodoh walaupun dulu yakin kami akan kahwin. Malah, sepatutnya masa bertunanang tempoh hari kami merancang nak kahwin terus. Ternyata ini dugaan yang Allah nak beri. Apabila terjadi, saya tahu ada hikmah,” katanya.
Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan Zara Zya gagal apabila panggilan telefon tidak dijawab.
Hafreez juga berkongsi, dia dan Zara merancang untuk berkahwin pada 10 Oktober 2020.
Terdahulu, pasangan yang berkenalan ketika bergandingan dalam drama Mona Lisa pada 2017 itu mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober 2019 lalu.
BACA:
Farahdhiya tangguh buka restoran gara-gara harga barang naik menggila
Panas melampau, ribuan burung jatuh dari langit buat orang ramai terkejut
KWSP: Tak perlu tunggu pencen pun boleh keluarkan 17 jenis pengeluaran ini