Rupanya video individu promosi agenda Israel berlaku pada tahun 2021

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Semalam, berlaku penularan di platform X, Facebook, serta video temu bual di YouTube individu tersebut bersama pengaruh dari Israel, Hananya Naftali.

Seperti yang dilapor Malaysiakini mendapati video tersebut pertama kali dimuat naik dalam talian di YouTube pada 17 Disember 2021

sebelum dikongsi semula di platform X oleh Naftali semalam.

Rupanya video individu promosi agenda Israel berlaku pada tahun 2021

Dalam temu bual dengan pengaruh Israel tersebut, individu yang mendakwa pernah tinggal di Johor Bahru menyatakan bahawa masyarakat Arab selama ini

Telah merosakkan pemikiran rakyat Malaysia terhadap Israel, dan aktiviti radikal Arab sangat aktif di Malaysia.

Dalam wawancara bersama media Hungary Hetek pada 2022, Naftali menyatakan bahawa beliau pernah menjadi penasihat media sosial kepada perdana menteri rejim Israel, Benjamin Netanyahu.

Dalam video tersebut, bendera Israel juga kelihatan dikibarkan di sebelah Jalur Gemilang dalam biliknya semasa rakaman itu berlangsung.

Mengulas lanjut, Syed Mohammad menyatakan kebimbangan beliau bahawa usaha mempromosikan rejim Zionis itu akan memberi kesan terhadap pendirian Malaysia.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa hal ini boleh membawa kepada kebimbangan awam dan menggesa pihak berkuasa agar memberikan perhatian serius.

BACA: “Dah 20 tahun aku pendam, walaupun aku dah kahwin dan punya anak aku masih ingatkan dia, sesak perasaan aku hanya Allah saja yang tahu”