Rupanya TUDM hanya sewa helikopter, ini sebab kenapa TUDM tak beli

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Rupanya TUDM hanya sewa helikopter, ini sebab kenapa TUDM tak beli

Setiap negara mempunyai angkatan tentera yang tersendiri bagi mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara masing-masing.

Di Malaysia, kita ada Angkatan Tentera Malaysia yang terdiri daripada Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Rupanya TUDM hanya sewa helikopter, ini sebab kenapa TUDM tak beli

Mereka yang menyarung uniform pasukan ketiga-tiga cabang utama ATM ini sepanjang masa memberikan komitmen 100 peratus dalam mempertahan negara daripada anasir luar yang berniat jahat mahu mengganggu gugat keamanan yang ada.

Tapi komitmen sahaja tak cukup, oleh itu wira-wirawati kita ini sentiasa dibekalkan dengan kelengkapan senjata yang serba canggih ketika menjalankan tugas.

Pesawat Pejuang seperti Sukhoi SU-MKM 30 dan FA-18 D Hornet adalah antara senjata berbisa milik ATM yang biasa kita dengar.

Terkini, kalau anda semua nak tahu, kerajaan baru je mendapatkan aset terbaharu untuk menambah taring ATM iaitu empat buah helikopter jenis Leonardo AW 139. Walaupun perolehan secara sewaan ini dibuat oleh kerajaan melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, tetapi TUDM adalah pihak yang menentukan keperluan spefikasi yang dikehendaki.

Memang dalam perancangan TUDM untuk membeli helikopter baharu, namun dengan mengambil kira situasi semasa termasuk ancaman pandemik, perolehan secara sewaan menggunakan konsep Government Operate, Company Own and Maintain (GOCOM) adalah lebih efektif buat masa ini.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, namun kaedah penyewaan ini bukanlah kali pertama dilakukan.

Kerajaan sebelum ini pernah menyewa Helikopter Latihan Airbus EC120B dan Flight Simulation Training Device (FSTD) Untuk Kegunaan Kursus Asas Juruterbang Helikopter TUDM.

Selain itu, kerajaan turut pernah menyewa 5 unit Helikopter EC120B; 1 unit Sistem Simulator dan sewaan Bot Op Pasir merangkumi 10 unit Fast Interceptor Boat (FIB); 10 unit Utility Boat; 10 unit Rigid Hull Fender Boat (RHFB); 10 unit Rover Fiber Glass (Rover).

Melalui kaedah sewaan ini, tempoh masa untuk melaksanakan proses perolehan termasuk berkaitan tender serta pembinaan aset dapat dikurangkan.

Bagaimanapun, perancangan untuk mendapatkan helikopter baharu secara tetap akan diteruskan di masa akan datang.

Kenapa TUDM memerlukan Leonardo AW 139?

Sebelum ini, fleet helikopter yang diletakkan dibawah TUDM mengendalikan helikopter jenis Sikorsky S-61A-4 ataupun dikenali sebagai Nuri selain helikopter EC725AP.

Tetapi pada 2019, kerajaan telah memutuskan untuk menamatkan operasi helikopter Nuri. Ia sedikit sebanyak telah mengganggu operasi 12 buah helikopter EC725AP yang berperanan dalam penugasan Combat Search and Rescue (CSAR), Tactical Airlift dan Utiliti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan 4 Dimensi ATM.

Jadi, perolehan 4 buah helikopter Leonardo AW 139 ini akan mengurangkan kebergantungan ATM terhadap 12 buah EC725AP untuk tujuan latihan dan operasi. Maka, aircraft hour, kos operasi dan senggara helikopter-helikopter ini juga menjadi lebih efektif.

Kompetensi anak kapal helikopter Nuri boleh dikekalkan di tahap tertinggi

BACA: Tan Sri Syed Azman, ini kisah Billionair melayu paling kaya dalam dunia

Anda mungkin tertanya-tanya, apa jadi dengan anak kapal helikopter Nuri selepas fleet berkenaan dibersarakan?

Leonardo AW 139 adalah jawapannya. Selain dipindahkan ke operasi fleet helikopter yang lain, penggantian operasi kepada Leonardo AW 139 juga membolehkan kompetensi anak kapal helikopter Nuri dikekalkan pada tahap tertinggi sepanjang masa.

Untuk pengetahuan anda juga, keempat-empat unit helikopter ini juga akan ditempatkan di No.3 Skuadron, Pangkalan Udara (PU) Butterworth di Pulau Pinang.

Selain berkemampuan untuk menggalas peranan utiliti fleet seperti melaksanakan operasi yang memberikan kepentingan taktikal, operasional dan strategik kepada TUDM serta ATM, Leonardo AW 139 juga mampu digerakkan dalam operasi siang dan malam tanpa sebarang masalah.

Kerajaan menyewa, tetapi kos senggara ditanggung syarikat penyewa

Seperti yang kami kongsikan tadi, keputusan untuk menyewa adalah lebih efektif. Leonardo AW 139 diperolehi oleh kerajaan melalui konsep Government Operate, Company Own and Maintain (GOCOM).

Melalui konsep ini, kerajaan hanyalah penyewa manakala segala kos senggara keempat-empat buah pesawat ini sepanjang tempoh kontrak adalah ditanggung oleh syarikat penewa.

Bila kerajaan nak dapatkan helikopter baharu untuk TUDM dan ATM?
Mengikut perancangan, kerajaan menyasarkan penggantian fleet Nuri bermula 2026. Dibawah Fasa 1 RMK Ke-13 (2026-2030), sebanyak 12 unit helikopter dirancang untuk diperolehi manakala 12 unit lagi melalui Fasa 2 RMK Ke-14 (2031-2035).

Diharapkan, dengan adanya aset terbaharu dalam inventori TUDM ini, ATM terus menjadi sebuah ketumbukan tentera yang digeruni musuh dan disegani kawan.

Semoga perancangan untuk mendapatkan 24 unit helikopter baharu bagi menggantikan Nuri melalui RMK 13 dan 14 berjalan lancar.

Rumah lebih selesa, lebih luas untuk warga TUDM

Selain perolehan 4 buah helikopter baharu ini, sebenarnya ada satu lagi berita baik yang bakal menggembirakan warga TUDM. Ini apabila kerajaan melalui MINDEF mengumumkan naik taraf Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) di PU Butterworth.

Tahun lepas, YB Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein pernah mencadangkan agar dua unit RKMAT digabungkan menjadi satu unit dengan keluasan tapak baharu rumah adalah 1700 kaki persegi. Ini kerana, keluasan satu unit RKMAT iaitu 850 kaki persegi sebelum ini adalah sangat sempit dan tidak menepati kelayakkan semasa iaitu tapak seluasa 1100 kaki persegi.

Alhamdulillah, cadangan itu telah diterima baik oleh kerajaan dan PU Butterworth antara yang terawal menikmati manfaat daripada cadangan tersebut apabila sebanyak 288 unit akan digabungkan menjadi 144 unit. Daripada jumlah itu, 60 unit sudah siap menerusi Fasa 3.

Pada Fasa 4 pula yang bermula dalam masa terdekat, sebanyak 168 unit rumah juga akan digabungkan menjadi 84 unit. Semua unit-unit yang terlibat adalah pangsapuri kelas G yang menempatkan anggota berpangkat koperal dan ke bawah.

Dengan sokongan semua pihak, diharapkan projek ubah suai Fasa 4 ini akan berjalan dengan lancar sekaligus memberikan sinar kebahagian kepada semua warga ATM khususnya wira-wirawati TUDM di PU Butterworth.

BACA: Larian ke joging? Atlet Somalia catat masa paling lambat larian 100m, rupanya jadi atlet guna kabel