‘Rupanya suami isteri bawa anak hanya pura-pura tolak kereta nak raih simpati’

Rupanya suami isteri bawa anak hanya pura pura tolak kereta nak raih simpati

‘Rupanya suami isteri bawa anak hanya pura-pura tolak kereta nak raih simpati’. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka sedang mengesan pasangan suami isteri yang tular selepas didakwa menggunakan anak-anak kecil untuk meraih simpati orang ramai dengan duduk di tepi jalan raya di beberapa lokasi di sekitar negeri ini.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka, Burhanuddin Bachik berkata, pasukan pegawai pelindung, kaunselor dan penguat kuasa Pejabat Kebajikan Melaka Daerah (PKMD) Jasin kini giat melakukan operasi pencarian.

Katanya, rondaan telah dilaksanakan di Lebuh Raya Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ) di Simpang Ampat, Merlimau sehingga ke Sungai Rambai.

“JKM negeri menerima aduan berhubung kejadian tular sebuah keluarga menggunakan anak-anak mereka yang masih kecil untuk meraih simpati pengguna jalan raya.

“Kita telah melaksanakan tinjauan di lokasi yang dimaksudkan dari Simpang Ampang ke Sungai Rambai dan berpatah balik ke Umbai, namun pegawai memaklumkan kes itu tidak dapat dikesan sepanjang pemantauan,” katanya.

Rupanya suami isteri bawa anak hanya pura pura tolak kereta nak raih simpati'Rupanya suami isteri bawa anak hanya pura-pura tolak kereta nak raih simpati'

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Burhanuddin berkata, tinjauan akan terus dilaksanakan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 17(1)(c ) Akta Kanak-Kanak 2001 pindaan 2016.

“Ia boleh dikenakan terhadap mana-mana ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak yang tidak layak atau telah mengabaikan atau tidak berupaya untuk menjalankan atau telah bertindak secara cuai dalam menjalankan pengawasan dan pengawalan yang sepatutnya ke atas kanak-kanak itu.

“Sabit kesalahan mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1)(a) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Semalam, tular di media sosial gambar pasangan yang didakwa suami isteri sedang menolak kereta sambil membawa tiga orang kanak-kanak.

Tindakan pasangan itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi netizan yang mempertikai tindakan individu berkenaan kerana sering dilihat mengulangi perbuatan sama.

Perbuatan itu turut dikaitkan dengan usaha mudah pasangan berkenaan meraih sumbangan pengguna jalan raya yang simpati terhadap nasib mereka.

BACA:

Ini petua dari nelayan, cara pilih ikan Gelama sedap buat lauk

“Ni dah level lain ni!” – Roti canai banjir jadi rebutan

Ibu kucing rayu selamatkan anaknya, “tolong, anak saya dalam tong sampah”

CATEGORIES