Rupanya ‘soft candy’ yang anak-anak suka makan ni ada gelatin babi

Rupanya ‘soft candy’ yang anak-anak suka makan ni ada gelatin babi. Baru-baru ini tular di media sosial mengenai soft candy ataupun gula-gula gummy dengan jem buah-buahan yang dijual secara online menjadi tumpuan kanak-kanak kerana bentuknya yang comel dan sedap untuk dimakan.
Mengandungi gelatin babi
Bagaimanapun, ramai terkejut apabila tular gambar kandungan gula-gula tersebut yang dikatakan mempunyai gelatin babi sedangkan logo Halal Food Council International Malaysia & Asia tertera di bahagian bungkusan produk tersebut.
Sebabkan itu juga, ramai yang mula meragui status sebenar gula-gula tersebut dan menjadi perdebatan dalam kalangan netizen bagaimana produk itu dibenarkan dijual di dalam pasaran.
JAKIM sahkan logo tak diiktiraf
Selepas dihujani persoalan dari netizen, akhirnya pihak dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi maklum balas mengenai isu tersebut di Facebook mereka dengan mengatakan bahawa logo halal yang tertera adalah tidak diiktiraf oleh JAKIM.
Justeru, penggunaan logo halal tersebut telah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan peruntukan perundangan Malaysia.
JAKIM turut menasihati pembeli Muslim agar tidak terus memilih produk dan meneliti terlebih dahulu label bungkusan serta kandungan sebelum melakukan sebarang transaksi.
BACA:
Dakwaan guru dikerah hadir taklimat pilihanraya, akhirnya Menteri buka mulut
Tak putus asa kalah saman fitnah dengan Mujahid, Dusuki rayu lagi
Cara ibu ni pujuk anak tantrum kena puji, “berguna betul tips ni!”