Di mana gerangan menghilangnya pelakon veteren popular Yang Amat Berbahagia Cik pUan jUlia Aisyah Binti Abdul Rais atau lebih dikenali sebagai Julia Rais?
Julia Rais dan Yang Di pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah
Pernah menjadi topik perbualan untama pada era 90-an selepas digosipkan sedang hangat bercinta. Kini misteri Julia Rais yang dikatan menghilang akhirnya terjawab.
Untuk pengetahuan, pelakon berwajah Pan Asia ini sudah tidak lagi muncul di dunia seni semenjak bertahun lamanya.
Beliau sangat terkenal pada era 1990-an dan mula mencipta populariti pada lewat 1980-an. Pada tahun 1990 hingga 1992, beliau muncul dalam beberapa buah filem seperti watak tambahan sebagai wartawan wanita, Nina,
Dalam filem Hati Bukan Kristal arahan Raja Ahmad Alauddin dan juga pelakon utama dalam filem cereka komedi Driving School arahan Othman Hafsham, filem cereka cinta Mira Edora arahan Zulkifli M. Osman, Nadia arahan Rahman Adam dan yang terakhir Suci Dalam Debu arahan Zulkeflie M. Osman.
Bagaimanapun Julia Rais sudah tidak lagi muncul di dunia seni semenjak bergelar seorang isteri.
Seperti yang dicatat dalam Wikipedia, hasil perkahwinannya dengan Tengku Abdullah pada tahun 1993, beliau telah dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Puteri Illisha Amira dan Tengku Puteri Ilyana.
Peminat hampa apabila kelibat Julia juga tidak kelihatan sewaktu majlis pernikahan dan persandingan puteri sulungnya Tengku Puteri Iman Afzan dengan Yang Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad Bin Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah pada 24 Ogos 2018 yang lalu.
Walaupun pelbagai versi cerita tersebar mengenai kehilangan Julia Rais, tiada siapa yang dapat mengesahkannya.
Berikut beberapa andaian atau rumor yang menjawab tentang kehilangan Julia Rais yang kami cuba rangkumkan.
Berhijrah ke London
Ada rumor mengatakan, selepas berkahwin dengan Tengku Abdullah, Julia terus menetap bersama di England .Malah ke semua anaknya juga bersekolah di United Kingdom.
Pilih Tinggal Bersama Ibu Kandung
Ada khabar angin mend4kwa Julia sudah berpisah dengan Tengku Abdullah dan memilih untuk tinggal bersama-sama ibunya yang merupakan seorang warga Britain di United Kingdom.
Dikatakan ketika di Malaysia, Julia menetap di Damansara Jaya bersama bapa dan ibu tirinya. Namun tiada siapa yang dapat mengesahkannya kesahihan berita ini.
Dikawal Ketat
Ada sumber mengatakan, kehidupan Julia Rais dikawal ketat selepas menjadi sebahagian kerabat diraja. Serba-serbinya mengikut adat istiadat diraja. Tiada sesuatu pun boleh dilakukan sesuka hati dan kebebasan terkawal. Jadi ramai yang percaya bahawa ini antara satu sebab mengapa Julia terus menyepikan diri dari dunia lakonan.
Namun Tengku Iman pernah memuatnaik foto yang dipercayai Julia Rais mengendong cucu sulungnya, iaitu anak Tengku Iman bersama Tengku Bakar.
Kalau betullah ini Julia Rais, jelas beliau layak digelar “Hot Grandma!”
Apapun, semua spekulasi yang diperkatakan terus tinggal menjadi tanda-tanya. Masih lagi tiada jawapan ke manakah hilangnya pelakon yang menjadi pujaan ramai orang pada suatu ketika dahulu.
Teringin nak tengok wajah Julia Rais yang terbaru!
Sedikit Info Mengenai Julia Rais
Pada tahun 1980-an, fenomena fesyen, wajah dan nama dari dunia Barat sering menjadi keinginan masyarakat Malaysia pada waktu itu, terutamanya pelakon yang berwajah kacukan Inggeris atau dipanggil pan-Asian yang sentiasa menghiasi dunia lakonan Malaysia sehingga kini.
Julia Rais dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 19 Februari 1971 menerusi perkahwinan pertama bapa beliau, Abdul Rais Yeop, yang juga bekas Ahli Lembaga Pengarah Sri Jaya Kenderaan.
Beliau yang mempunyai wajah pan-Asian iaitu wajah kacukan Inggeris dahulunya menetap di Damansara Jaya bersama bapa dan ibu tirinya, Laily Ibrahim adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail pada tahun 1984 hingga 1988.
Selepas sekian lama menghilang, tersebar spekulasi mengatakan dirinya sudahpun bergelar isteri kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga Sultan Pahang Keenam yang kini Yang Di-Pertuan Agong ke-16.