Rupanya ramai seller online tak tahu ‘PM tepi’ boleh kena denda sampai RM50,000!

Oleh INFORAKYAT

Rupanya ramai seller online tak tahu ‘PM tepi’ boleh kena denda sampai RM50,000!

Tindakan seorang pengarah syarikat menjual perabot secara dalam talian yang mengamalkan konsep ‘PM Tepi’ di Facebook

Boleh membawa padah apabila beliau kini disiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor.

Rupanya ramai seller online tak tahu 'PM tepi' boleh kena denda sampai RM50,000!

Ketua Pegawai Penguat Kuasa (KPDNHEP) Selangor, Azman Adam, berkata kaedah ‘PM Tepi’ menjadi satu kesalahan dan penjual seharusnya mempamerkan maklumat lengkap mengenai produk atau perkhidmatan yang dijualnya.

“Bertindak atas aduan, pihak KPDNHEP bertindak menyerbu syarikat berkenaan, yang beroperasi sejak Ogos tahun lalu di Seri Kembangan, pada jam 2.25 petang semalam.

“Kita berjumpa dengan pengarah syarikat itu dan beliau mengakui pihaknya tidak mempamerkan maklumat yang sepatutnya seperti harga serta spesifikasi barangan yang dijual,” katanya pada sidang media di pejabat KPDNHEP Selangor, di sini.

DISYORKAN UNTUK ANDA
Beliau berkata tindakan lelaki berusia 41 tahun itu boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 (Perbadanan) dan denda RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya (Perseorangan) mengikut Seksyen 145 Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Katanya, sepanjang tahun lalu 7,729 aduan diterima oleh KPDNHEP Selangor dan 1,195 membabitkan aduan pengguna yang membeli barangan dalam talian.

“Bagi tahun ini pula, sebanyak 194 aduan sudah diterima membabitkan masalah pembelian secara dalam talian seperti penjual tidak pamerkan harga barang, lambat terima barang, barang yang diterima tidak seperti yang diiklankan dan lain-lain,” katanya.

Azman berkata, penjual atau peniaga perlu meletakkan maklumat yang jelas mengenai produk serta perkhidmatan yang ditawarkan supaya hak pengguna tidak dicabul.

Katanya, penjual perlu mempamerkan nama syarikat (pendaftaran), alamat e-mel atau nombor telefon yang boleh dihubungi oleh pengguna dan mempamerkan secara ringkas ciri-ciri utama barangan mereka.

“Mereka juga perlu mempamerkan harga termasuk kos penghantaran serta cukai jika ada; kaedah pembayaran yang digunakan dan terma, syarat serta sebarang jaminan pengembalian barangan jika pelanggan tidak puas hati,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak menghalang strategi yang digunakan oleh peniaga untuk menarik pembeli, bagaimanapun perlindungan terhadap hak pengguna tidak boleh diketepikan.

Sementara itu, Azman berkata, konsep ‘PM Tepi’ menjadi satu kesalahan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012

BACA:

Seorang bapa dan anak terlanjur sampai mengandung 9 bulan, sekali lain pula reaksi isteri bila rahsia terbongkar

‘Ah palat betul company melayu kita ni!’, Gaji tak setimpal pencapaian, boss kereta mewah bersusun, Les Copaque kena kecam lagi?