Rupanya ni cara nak pilih baju raya kena tahu dulu palet warna sesuai dengan kulit

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Aidilfitri tinggal beberapa bulan lagi, dan pastinya ramai yang sudah mula merancang untuk membeli baju raya.

Namun, pernahkah anda mengalami situasi di mana baju yang dibeli tidak sesuai dengan warna kulit hingga membuatkan wajah kelihatan kusam?

Situasi ini mungkin berlaku kerana warna baju tersebut tidak termasuk dalam palet warna yang sesuai untuk anda.

Apa Itu ‘Color Palette’?

‘Color palette’ merujuk kepada rangkaian warna yang sesuai dengan ciri semula jadi anda, seperti:

Rupanya ni cara nak pilih baju raya kena tahu dulu palet warna sesuai dengan kulit

Undertone (nada asas kulit),

Depth (tahap kecerahan atau kegelapan kulit), dan

Chroma (intensiti warna kulit).

Memahami ketiga-tiga aspek ini membantu anda memilih warna pakaian yang menyerlahkan penampilan.

Menurut akaun TikTok @fionna, terdapat beberapa tip berguna untuk mengenal pasti warna yang sesuai dengan kulit anda.

1. Kenali ‘Undertone’ Kulit Anda
Undertone ialah warna asas kulit yang kekal sama, walaupun kulit anda menjadi lebih cerah atau gelap. Terdapat tiga jenis undertone:

Cool Undertone

Urat darah kelihatan kebiruan atau keunguan.

Kulit sesuai dengan warna-warna sejuk seperti biru, ungu, dan perak.

Neutral Undertone

Urat darah kelihatan kehijauan atau campuran biru dan hijau.

Kulit sesuai dengan hampir semua warna.

Warm Undertone

Urat darah kelihatan kehijauan sepenuhnya.

Kulit sesuai dengan warna-warna hangat seperti kuning, oren, dan emas.

Cara Menentukan Undertone

Ujian Kertas

Letakkan kertas putih di sebelah wajah anda dan perhatikan:
Kekuningan → Warm Undertone
Kebiruan → Cool Undertone
Tidak berubah → Neutral Undertone
Ujian Perhiasan

Cuba perhiasan emas dan perak.

Jika emas lebih menyerlah → Warm Undertone

Jika perak lebih sesuai → Cool Undertone

Jika kedua-duanya nampak bagus → Neutral Undertone

2. Fahami ‘Depth’ Kulit Anda

Depth merujuk kepada tahap kecerahan atau kegelapan kulit anda.

Cara Menilai Depth

Sunting gambar wajah anda menjadi hitam putih, kemudian perhatikan:

Light Depth: Kulit kelihatan putih dan cerah.

Medium Depth: Kulit berada antara cerah dan gelap.

Deep Depth: Kulit kelihatan gelap atau dominan hitam.

Memahami depth membantu anda memilih warna pakaian yang tidak terlalu kontras atau tenggelam dengan kulit anda.

3. Kenal Pasti ‘Chroma’ Kulit Anda
Chroma ialah intensiti warna kulit, sama ada lebih pucat atau berwarna terang.

Cara Menilai Chroma
Lihat wajah anda tanpa solekan di bawah cahaya semula jadi:

Kulit pucat → Pilih warna lembut.

Kulit berwarna terang → Sesuai dengan warna-warna bold.

4. Tentukan Color Palette Anda

Gabungkan maklumat tentang undertone, depth, dan chroma untuk menentukan palet warna terbaik.

Contoh:

Cool Undertone, Light Depth, Low Chroma: Pilih warna pastel seperti baby blue, lavender, atau dusty pink.

Warm Undertone, Deep Depth, High Chroma: Sesuai dengan warna tanah seperti mustard, emerald green, atau maroon.

Dengan memahami palet warna anda, bukan sahaja baju raya anda akan lebih menyerlah, malah keyakinan diri juga meningkat.

Jadi, sebelum membeli baju raya nanti, pastikan anda tahu undertone, depth, dan chroma kulit anda. Selamat merancang dan bergaya Aidilfitri ini!

BACA: Tak sempat tukar pemandu di Ayer Keroh, 2 pelajar UTeM maut tersepit