Kerajaan kini dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara iaitu dengan menambah baik sistem kerja terutamanya dalam kalangan guru.
Justeru, Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dilaksanakan dengan pelarasan gaji yang lebih baik agar dapat mengurangkan trend guru bersara awal.
Ia juga dilihat sebagai hadiah istimewa buat warga pendidik yang kini berdepan dengan cabaran besar
Dalam mendidik anak bangsa serta cabaran kos sara hidup.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Sistem Saraan Malaysia (SSM) digantikan dengan SSPA bermula 1 Disember nanti.
Para penjawat awam termasuk guru boleh memilih sama ada mahu kekal di bawah SSM atau menukar kepada SSPA dalam tempoh 40 hari bermula 21 Oktober lalu hingga 30 November nanti.
SSPA juga dirangka sebagai satu sistem saraan yang berteraskan kepada aspek prestasi dan selaras dengan hasrat bagi memastikan peningkatan produktiviti dalam perkhidmatan awam, menjaga kesejahteraan pegawai, prinsip pemberian ganjaran berasaskan prestasi serta tatakelakuan diperkenalkan.
Namun, sistem itu nampaknya masih belum lagi dilihat sebagai pembaharuan positif dalam kalangan guru.
Mengulas lanjut, seorang pengguna akaun X @hafifyhafidz, kebanyakan rakan-rakan gurunya membuat keputusan untuk menolak pertukaran kepada SSPA.
“Beli pen baru nak sign SSPA punya pasal. Sedih bila ada rakan guru tanda tangan tak bersetuju sebab takut tak ada pencen.
“Aku bukan minta orang kecam rakan sejawat dan profesion aku, tapi aku nak fokuskan kesan doktrin TikTok, kumpulan WhatsApp kepada semua.
“Aku percaya bukan setakat cikgu, penjawat awam yang lain pun ada yang macam ini. Kalau korang ada keluarga masih berkhidmat tolonglah pastikan mereka tak terpengaruh,” katanya.
kelebihan-sspa-6-1024×1024
Menurutnya, ada sesetengah guru tidak berfikir jauh atau mengambil kira tempoh jangka panjang.
Justeru, dia berharap agar lebih ramai dapat membantu golongan itu untuk memahami tentang kebaikan SSPA.
“Aku harap selagi ada masa sebelum 30 November, kita bantulah mereka faham kebaikan SSPA ini.
“Cuba betulkan pemikiran mereka yang paranoid. Terangkan dalam bahasa paling mudah,” katanya.
Antara manfaat mereka yang menukar kepada SSPA adalah tiada perubahan umur persaraan, cuti tanpa rekod kelompok (CTR) maksimum 20 hari setahun,
kemudahan vaksin atas asas keperluan perkhidmatan, cuti separuh gaji diperluaskan, penambahbaikan kadar gaji dan beberapa lagi insentif berasaskan kelayakan.
BACA: Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Tol percuma bermula Hari ini