Rupanya macam ini cara Kim Seri buka restoran di Korea guna visa pelajar

Oleh DAHLIA MARZUKI

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kontroversi seorang pempengaruh Malaysia yang mendapat kecaman hebat

Daripada pelancong tempatan setelah menyediakan perkhidmatan agensi pelancongan yang sangat mengecewakan.

Sehubungan itu, pempengaruh tersebut telah membuat siaran langsung di platform TikTok, menjelaskan situasi kewangan yang dihadapinya,

Termasuk masalah yang berlaku pada restoran yang diusahakannya di Korea yang kini sedang mengalami kemerosotan.

Dia turut memberitahu bahawa restoran tersebut bukan lagi miliknya, kerana telah ditukar nama dan kini diuruskan oleh pemilik baru.

Rupanya macam ini cara Kim Seri buka restoran di Korea guna visa pelajar

Dia juga menegaskan bahawa tiada lagi kaitan antara dirinya dengan restoran tersebut.

Seorang pengguna X yang dikenali sebagai loeykinn kemudian tampil dengan memuat naik nama baru restoran yang dahulu dimiliki oleh pempengaruh itu. Dalam perkongsian tersebut, loeykinn menyatakan rasa syukur kerana urusan berkaitan restoran tersebut dipermudahkan dan pemilik baru sangat membantu dalam proses pertukaran pengurusan.

Menurut loeykinn, pemilik baru restoran tersebut tidak ada kaitan dengan pempengaruh Malaysia itu, dan mereka kini sedang berusaha untuk memperbetulkan segala salah faham serta meluruskan isu sebenar tentang pertukaran milik restoran tersebut.

Menurut loeykinn, pemilik lama restoran tersebut sudah tidak ada kaitan dengan premis tersebut selepas beberapa isu besar seperti tidak membayar sewa, bil, dan gaji staf sejak beberapa bulan yang lalu.

Loeykinn turut menjelaskan bahawa restoran tersebut dibuka pada Julai 2023 dengan bantuan seorang ‘permanent resident’ di Korea yang memberi kelayakan kepada pemilik lama untuk membuka premis tersebut, walaupun pada asalnya pemilik lama hanya memegang visa pelajar yang tidak membenarkannya untuk memiliki perniagaan.

Namun, kepercayaan yang diberikan telah disalahgunakan oleh pemilik lama. Loeykinn menekankan bahawa pemilik baru tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perjanjian antara pemilik lama dan para pelabur.

Di akhir perkongsian, loeykinn mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya kepada orang lain dan menegaskan bahawa masih banyak perkara yang perlu diluruskan mengenai kontroversi ini yang telah berlaku sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Kongsian tersebut akhirnya menjawab persoalan netizen mengenai bagaimana individu yang dimaksudkan boleh membuka restoran di Korea Selatan sedangkan dia masih memegang visa pelajar.

Rata-rata netizen turut memberi ucapan selamat maju jaya kepada pemilik baru dan berharap agar dapat memperbaiki setiap kekurangan yang berlaku sebelum ini.

Beberapa netizen turut mengulas, “Pelajar mana boleh buka restoran?”, dan mengharapkan ada penambahbaikan dalam menu serta perkhidmatan restoran tersebut agar perniagaan itu dapat maju jaya.

Sebelum ini, kontroversi ini turut mencetuskan kemarahan banyak pihak, terutamanya pelanggan yang menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan pempengaruh tersebut untuk melancong ke Korea Selatan.

Akibat kecaman yang diterima, pempengaruh tersebut telah membuat siaran langsung untuk menerangkan situasi yang dihadapinya dan menyatakan usaha keras untuk membayar segala kerugian yang ditanggung oleh para mangsa.

BACA: Kecoh benteng kumbahan Selangor pecah, tiada simpati hanya penuh dengan sindiran netizen