Rupanya Lufya berjiran dengan Awal, “Saya pun alami benda yang sama, pengurusan kurang ajar!”

Oleh INFORAKYAT

Rupanya Lufya berjiran dengan Awal, “Saya pun alami benda yang sama, pengurusan kurang ajar!” SUSULAN kes pengacara Awal Ashaari didakwa melakukan perbuatan khianat merosakkan pagar sebuah perumahan, jirannya yang juga pelakon Lufya Omar mendedahkan turut mengalami pengalaman buruk.

Lufya, 37, berkata, cara pihak berkenaan menjaga keselamatan keterlaluan sehingga menyukarkan aktiviti penduduk di kawasan perumahan itu.

Malah, pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar ini juga mendakwa seorang pekerja di pengurusan itu juga tidak boleh bertolak ansur sehingga sering menimbulkan salah faham.

“Saya pun pernah alami benda yang lebih kurang sama. Saya pernah dihalang masuk sebab lambat bayar yuran selenggara. Saya bukan sengaja lambat bayar, tapi ada masalah management itu.

Lufya berkongsi perkara itu di Instastory.

“Malah, orang nak hantar blender pun, saya nak kena beritahu pengurusan… semua benda nak kena minta izin pengurusan. Mungkin dia nak menjaga keselamatan tapi keterlaluan pula. Buat macam kami ini semua tahanan di pulau.

“Bagi saya, ni bukan masalah pihak pengurusan tapi pekerja wanita itu yang kurang ajar! Ramai penduduk di kawasan perumahan ini memang tak puas hati dengan dia. Bagi saya, dia memang biadab!

“Jiran belakang rumah saya pun marah dengan pekerja wanita itu yang masuk ke rumahnya yang sedang diubah suai tanpa izin,” katanya kepada mStar.

Rupanya Lufya berjiran dengan Awal, "Saya pun alami benda yang sama, pengurusan kurang ajar!"

Rupanya Lufya berjiran dengan Awal, “Saya pun alami benda yang sama, pengurusan kurang ajar!”

Pada pagi Selasa, Awal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara bulan lalu.

Awal kemudian menerusi video siaran langsung di Instagram memberitahu insiden itu berlaku disebabkan salah faham antara dia selaku pemilik rumah dan pihak pengurusan perumahan berkenaan.

Awal seorang yang budiman dan bukan jenis nak cari fasal dengan orang lain.

Menjelaskan lanjut tentang insiden berkenaan, Awal mengakui dia bertindak mengalih palang ‘gate’ menggunakan tangannya gara-gara permintaan untuk masuk ke rumah tidak diendahkan pengawal dan pihak pengurusan.

Manakala Lufya menerusi status di Instastory mendedahkan dia juga berdepan dengan masalah dengan pihak pengurusan yang dianggap paling teruk.

Menerusi perkongsian itu, Lufya berkata pihak pengurusan tidak mempunyai hak untuk menghalang pemilik kediaman biarpun mempunyai bayaran yuran tertunggak.

Mengenali Awal sebagai jiran sebelah rumah, Lufya memuji sikap suami kepada aktres Scha Al Yahya itu seorang yang budiman dan tidak pernah menganggu orang lain.

“Saya berjiran dengan Awal… rumah saya bersebelahan dengan rumah dia. Kawasan kejiranan kami memang sangat bagus.

Awal turut tampil memberi penjelasan di Instagram miliknya.

“Awal seorang yang budiman dan bukan jenis nak cari fasal dengan orang lain. Netizen salah faham ingat dia langgar palang pagar dengan kereta.

“Tapi sebenarnya dia sekadar naikkan palang guna tangan sebab nak masuk rumah ambil barang. Memang la dia tak bayar yuran pengurusan tapi kenapa nak halang dia masuk rumah sendiri?

“Sepatutnya kalau dia tak bayar, hantar la surat amaran dahulu. Lagipun, bukannya Awal menyewa di situ tapi memang rumah dia,” ujarnya.

Mengikut pertuduhan, Awal didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan Challis Damansara dengan kerugian sebanyak RM600 di pondok pengawal perumahan itu di Jalan PJU 3/30 pukul 11.30 pagi pada 16 April lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

BACA:

“Saya sudah terlalu penat”, Amar Asyraf dan isteri akhirnya bercerai

Orang ramai teruja tempahan perodua Alza baharu dibuka, harga dari RM69K

Cacar monyet makin ‘gila’ serang lelaki gay