Rupanya lelaki melayu yang letak kepala khinzir di gerai roti canai?

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Dua lelaki telah ditahan untuk membantu siasatan berkaitan kes meletakkan kepala khinzir di sebuah gerai menjual roti canai

Berlaku di Bandar Teknologi Kajang, dekat Kuala Lumpur, pada 11 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof, menyatakan bahawa kedua-dua lelaki tempatan

berusia 35 dan 51 tahun itu ditahan pada 15 Oktober lalu di sekitar daerah tersebut.

Beliau berkata laporan polis mengenai kejadian tersebut dibuat oleh pemilik gerai berusia 18 tahun pada 7.30 malam, 11 Oktober lalu.

Rupanya lelaki melayu yang letak kepala khinzir di gerai roti canai?

Menurut laporan itu, pemilik gerai tersebut telah menonton rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premisnya dan mendapati terdapat dua individu yang tidak dapat dikenal pasti, memakai baju berwarna hitam serta helmet hitam dan merah, yang telah memasuki kedainya.

@kingmshahrul1Daging diletakkan di gerai burger orang melayu islam..taktik ni digunakan British ketika menjajah negara yang berbilang kaum, supaya mereke berpecah dan tidak bersatu, senang nk jajah sebuah negara..

♬ Sumpah Bunian – Qairi Ibrahim

“Mereka kemudian meletakkan daging kepala khinzir di atas kabinet dan dapur roti canai milik pengadu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Naazron menambah bahawa video kejadian itu telah tular di media sosial sejak semalam.

Beliau juga menyatakan bahawa motif kejadian tersebut masih dalam siasatan, dan individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menyalurkannya ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Ahmad Faizal Hasan, di talian 019-7691924 bagi membantu siasatan.

BACA: Lepas negara haram diserang, warga Israel bentuk komuniti baharu di Sri Lanka