Bagi sesiapa yang kerap beriadah di luar, pasti pernah berdepan dengan situasi menjengkelkan apabila kemuncup melekat pada pakaian.
Kemuncup perlu ditanggalkan sebelum dibasuh kerana ia sukar untuk terpisah daripada kain melalui cucian biasa.
Antara cara yang sering digunakan adalah dengan teknik manual, iaitu mencabut kemuncup satu persatu menggunakan tangan.
Tapi cara ini sangat membazirkan masa sebab jumlah kemuncup yang melekat biasanya terlalu banyak dalam satu masa.
Jangan risau, melalui satu hantaran di laman Facebook oleh Nur Salina Mohtar, terdapat cara yang lebih efisien untuk menanggalkan kemuncup tersebut.
Berikut dua petua untuk menghapuskan kemuncup:
1.Menggunakan pisau
Ratakan pisau pada permukaan kain dengan berhati-hati supaya pakaian tidak terkoyak. Anda akan mendapati kebanyakan kemuncup akan tertanggal apabila digosok oleh bilah pisau.
Ulangi langkah ini sehingga pakaian bebas daripada kemuncup.
2.Menggunakan pita pelekat
Sekali tarik, terus tertanggal semua! Cara ini terbukti lebih efisien untuk menanggalkan kemuncup.
Langkahnya cukup mudah, tampalkan potongan pita pelekat pada bahagian pakaian yang mempunyai kemuncup, kemudian tarik. Semua kemuncup pasti tertanggal dengan mudah.
Ulangi langkah ini pada bahagian pakaian yang masih terdapat kemuncup.
BACA:Pakar agama bidas Presiden Pas persoal keikhlasan PMX tak ambil gaji