Rupanya ini sebab bola sepak dapat dana lebih besar dari sukan lain ramai tak tahu

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan dana tambahan sebanyak RM5 juta kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk pengurusan pasukan kebangsaan.

Pengumuman tersebut diberikan selepas skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan Gon berjaya mengekalkan hasil seri 3-3

Dengan pasukan gergasi Asia, Korea Selatan, dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Asia 2023 di Qatar.

Rupanya ini sebab bola sepak dapat dana lebih besar dari sukan lain ramai tak tahu

Walau bagaimanapun, pengumuman ini mendapat pelbagai reaksi dan kritikan daripada peminat sukan tempatan yang berpendapat bahawa sukan lain juga sepatutnya menerima peruntukan dana yang sama seperti bola sepak.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, telah memberikan penjelasan mengenai mengapa bola sepak sering mendapat peruntukan dana yang lebih besar berbanding sukan lain seperti Badminton dan Hoki.

“Dulu saya juga bertanya mengapa bola sepak mendapat peruntukan dana yang begitu besar. Tetapi kini saya sudah memahaminya.

“Peminat mahukan skuad Harimau Malaya bersaing secara berterusan di Piala Asia. Tetapi tanpa peruntukan kewangan yang mencukupi, bagaimana mereka boleh beraksi? Sebagai perbandingan, lihatlah berapa banyak dana yang diperuntukkan kepada pasukan lawan.

“Harimau Malaya memerlukan pendedahan di peringkat antarabangsa yang bukan murah. Kos penerbangan sahaja sudah terlalu tinggi,” tulis Hannah di laman Instagram story beliau.

Menurut Hannah, peruntukan dana ini juga akan dipantau oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan FAM tidak dibenarkan menggunakan dana tersebut untuk membiayai kos operasi.

“Nilai RM5 juta ini akan membantu mengurangkan beban kewangan FAM tetapi FAM perlu mencari sumber kewangan lain.

“Kementerian Kewangan telah menetapkan beberapa kriteria. Antaranya, duit RM5 juta ini tidak boleh digunakan untuk kos operasi seperti bil utiliti dan pembayaran gaji. Dana ini juga akan diaudit secara berkala.

“Ingatlah, ini bukan ganjaran tetapi dana untuk membantu mereka menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia seterusnya,” tegaskan Hannah Yeoh.

Walaupun bola sepak merupakan sukan nombor 1 di Malaysia dan dunia, Hannah Yeoh menegaskan bahawa pihaknya tidak akan mengabaikan sukan lain.

“Kita mempunyai 103 sukan berdaftar. Tidak semua sukan mempunyai jumlah penyokong yang besar seperti bola sepak dari segi populariti. Tayangan langsung hanya boleh menarik puluhan ribu penyokong.

“Ekosistem bola sepak juga berbeza secara global. Piala Dunia dan Piala Asia melibatkan dana berbilion-bilion USD. Saya yakin dengan penambahbaikan lain yang akan dilakukan oleh KBS melalui insentif cukai dan program pembangunan bakat, kita boleh terus maju ke hadapan,” jelas Hannah.

BACA: “Sekali ibu mengata aku, seribu kalu aku akan mengutuk ibu, aku nak ibu tau, dia tak sempurna sebagai ibu, bagi dia rasa apa aku rasa”