Rupanya ini sebab bapa dan anak sering berdamping bersama, ibu kena ambil tahu

Rupanya ini sebab bapa dan anak sering berdamping bersama, ibu kena ambil tahu. Proses membesarkan anak-anak merupakan cabaran terbesar buat ibu ayah.

Mana tidaknya mereka perlu diterapkan dengan nilai-nilai baik setiap hari bagi membentuk keperibadian seorang anak yang hebat.

Perbezaan dalam corak didikan antara lelaki dan wanita sehingga ramai mengatakan hubungan bapa dan anak lebih ‘unik’ berbanding ibu.

[bg_collapse view=”button-blue” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Rupanya ini sebab bapa dan anak sering berdamping bersama, ibu kena ambil tahu

Meskipun bagi rata-rata ibu mungkin agak sukar untuk menerimanya, namun kajian berjaya membuktikan bahawa anak-anak sebenarnya lebih senang apabila bersama bapa.

Hubungan bapa dan anak dikatakan lebih istimewa disebabkan oleh beberapa alasan ini:
1. Si ayah penyabar dan suka melayan

Jika anda perhatikan yang suka melayan anak main adalah si ayah. Meskipun penat dengan tugas harian, dia juga lah yang sabar bermain dengan anak.

Dari permainan jenis lasak sehinggalah ke masak-masak. Ibu pergi mana masa ni? Mesti sibuk buat kerja rumah. Biasanya ketika anda melihat ayah melayan anak bermain beyblade, ibu mesti ke dapur atau jemur baju.

2. Anak boleh miliki segala yang diinginkan ketika bersama ayah

Menurut perkongsian seorang petugas kesihatan, Siti Suryani, dia menceritakan pengalaman di kedai bersama suami dan anak-anaknya.

”Ambil mainan yang bernilai RM20 ke bawah. Abah tunggu sini. 10 minit lagi jumpa kat sini semula.” Maka anak aku dengan penuh gembira mencari jenis mainan seperti bajet poket abah dia diiringi bersama rasa tanggungjawab iaitu:

  • ”Bawah 20 ringgit”
  • ”Jumpa lagi 10 minit”

Diberi kepercayaan sebenarnya adalah satu perasaan besar dan bangga dalam diri anak-anak. Mereka suka orang percaya dia.

Tapi kalau ibu-ibu, anda mungkin sahaja tidak beri keizinan untuk si manja melakukan perkara sedemikian. Lepas tu timbullah ayat ‘Mahal sangat tu, tiada faedah, eh yang tu sudah ada!”

3. Ayah selaluenjoy setiap masa, ibu selalu risaukan masa depan

Rupanya ini sebab bapa dan anak sering berdamping bersama, ibu kena ambil tahu

Orang lelaki sebenarnya tidak banyak fikir tentang akibat. Sekarang adalah waktu sekarang.

  • Anak nak tolong bakar sampah, jom!
  • Anak nak mandi lambat, tidak mengapa.
  • Anak nak makan mee segera, sekali sekala.

Kalau ibu lihat anak memanjat sahaja, kita akan jadi risau dan takut terjatuh pecah kepala. Bila anak perempuan minta nak main beyblade, cepat-cepat ibu halang sebab takut dia jadi tomboi. Serba-serbi tidak boleh kan, siapa best? Tentulah si ayah!

4. Ayah jarang marah sebab itulah bila sekali dia naik angin jadi berkesan

”Berbuih sudah mulut minta si Aiman tolong buang sampah, kena suruh bapaknya dulu kot baru berjalan..’

Sikap wanita sememangnya terkenal dengan suka membebel terutamanya ketika berdepan dengan ragam anak-anak di rumah. Pantang suruhannya tidak dilaksanakan, pasti akan mula berleter sehingga ke malam hari.

Justeru, anak-anak sememangnya akan cenderung untuk mengikut kata si ayah yang dilihat lebih tenang ketika dalam sesuatu keadaan.

5. Emosi ayah konsisten dan tidak banyak drama

Rupanya ini sebab bapa dan anak sering berdamping bersama, ibu kena ambil tahu

Kebanyakan lelaki, vocab dia sikit dan hanya akan bercakap apabila perlu sahaja. Jadi jika anda perhatikan, setiap arahan dari si ayah adalah ringkas dan tepat walaupun dia ulang sehingga 10 kali. Misalnya:

  • ”Jom solat”
  • ”Bila nak buat?”
  • ”Mari makan”

Sememangnya amat jaranglah untuk kita dengar ayah naik angin kalu dia bercakap dengan anak. Walaupun si manja pelbagai ragam, dia mampu kekal tenang sampai ke sudah.

Hanya ibu yang cepat naik angin (mungkin sahaja sebab banyak benda lain nak kena buat dan disiapkan dengan cepat).

Susah kalau nak tunggu-tunggu. Jadi susah ibu untuk sabar kalau dah sekali dua beri arahan yang sama dekat anak-anak.

Bukan itu sahaja, si ayah juga dikatakan tidak banyak drama seperti ibu yang sering mengatakan:

  • ”Adik tak sayang ibu ke”
  • ”Sampai hati kamu tidak dengar”
  • ”Awak tidak kesian dekat ibu ke?”

Ayah sebenarnya sikit pun tidak kisah dengan sikap anak-anak kerana mereka tidak berkecil hati. Lain pula dengan ibu yang mudah merajuk dan emosi dengan perkara kecil seperti anak tidak mahu makan atau dengar cakap.

Jadi salahkah kita? Tidak, kerana kita adalah penstabil keadaan.Ying-Yang. Kalau semua boleh, tidak bagus juga. Kalau semuasporting, rosak juga.

Walaupun ada perasaan sedikit cemburu kerana anak memilih untuk rapat dan bersikap terbuka dengan ayah, percayalah anda dan pasangan adalah sama-sama penting dalam hidup mereka!

Sumber: Pesona Pengantin

Tonton:

Baca:

Hairul Azreen nak saman pasaraya kerana isu sotong, lain pulak yang netizen perasan..

Kajian pengeluaran terakhir KWSP, hasilnya mengejutkan..

Ini cara semak dividen KWSP anda secara online, rugi kalau tak cek
[/bg_collapse]

CATEGORIES