Rupanya ini rahsia disebalik baju melayu ramai tak pernah ambil tahu
Baju Melayu merupakan pakaian tradisional Melayu yang telah digayakan selama zaman berzaman.
Baju ini bukan sahaja dipakai pada Hari Raya Aidilfitri, ia juga sesuai untuk dipakai ketika menghadiri keduri dan juga ketika majlis-majlis rasmi.
Tetapi, tahukah anda apa sebenarnya sejarah Baju Melayu? Jangan pakai sahaja, tapi tak tahu apa sebenarnya makna tersirat di sebalik design baju tradisional kita ini!
Dalam artikel kali ini, kami akan mengupas lebih lanjut mengenai sejarah Baju Melayu supaya lebih ramai dapat memahami asal-usulnya dengan lebih mendalam.
Dulu, Baju Melayu dikenali sebagai Baju Kurung
Dulu, Baju Melayu lebih dikenali dengan nama Baju Kurung. Pada zaman pemerintahan Sultan terdahulu, baju Melayu lebih sendat dan singkat. Ia juga mempunyai lengan tiga suku. Seluarnya pula pendek dehingga paras betis.
Bukan itu sahaja, Baju Kurung juga dipakai oleh kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan.
Rekaan yang kita pakai sekarang bermula 700 tahun dahulu apabila Sultan Muhammad Shah, Sultan Melaka kedua inginkan pakaian diraja baharu.
Atas izin Sultan, Baju Melayu mula bervolusi. Jika dahulu, rekaannya ketat dan berseluar singkat, kini ia menjadi longgar seperti apa yang kita pakai pada hari ini.
Pakaian ini bermula sebagai busana diraja. Kemudiannya, ia menjadi lebih ringkas, sesuai untuk pemakaian orang kebanyakan.
Apabila Tanah Melayu semakin maju, Baju Melayu digunakan untuk lelaki manakala Baju Kurung pula kekal untuk wanita.
Maksud tersirat dalam rekaan Baju Melayu
Sebenarnya, rekaan Baju Melayu yang kita pakai pada hari ini mempunyai maksudnya yang tersendiri.
Antara maksud rekaan baju Melayu ialah:
1. Butang – Baju Melayu tradisional mempunyai 5 butang yang melambangkan kesemua Rukun Islam iaitu mengucapkan dua kalimah syahadah, menunaikan solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat dan mengerjakan haji bagi mereka yang mampu.
2. Saku – 3 saku melambangkan akidah, Islam dan ihsan.
3. Sampin – Sampin pula menunjukkan kesungguhan menjaga syahwat, aurat dan maruah diri. Pemakaian sampin juga berbeza sekiranya pemakainya sudah berkahwin atau masih bujang.
Jika sudah berkahwin, sampin sepatutnya dibawah lutut. Jika dipakai atas lutut, maksudnya anda masih lagi bujang.
Kata orang, kalau orang berkahwin pakai sampin atas lutut, itu bermaksud dia bersedia untuk beristeri dua!
Ikatan sampin juga berbeza-beza, semuanya mempunyai maksud yang tersendiri:
4. Baju Melayu Teluk Belanga – Baju melayu jenis ini mempunyai satu butang sahaja. Ini bermaksud, pemakainya mempercayai Tuhan yang satu.
Malah, butang tunggal dalam baju Melayu ini juga ada ditulis dalam satu puisi:
“Teluk belanga berbutang tunggal, tunggal satu Tuhan yang disembah, tunggal tidak dapat dianjak alih, tunggal tidak dapat dibelah.”
5. Baju Melayu 7 butang – Selalunya, baju jens ini dipakai oleh golongan bangsawan. 7 butang ini bermaksud 7 lapisan langit dan bumi serta 7 tingkat syurga dan neraka.
Ada yang kata, baju melayu 7 butang ini adalah untuk mengingatkan golongan bangsawan terhadap tuhan yang maha esa.
.
Pada hari ini, Baju Melayu berwarna hitam menjadi pilihan ketika menghadiri majlis-majlis tertentu. Contohnya, kita boleh lihat Perdana Menteri kita sendiri menggayakan Baju Melayu berwarna hitam bersama sampin emas ketika mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.
Setiap kali Hari Raya menjelma, baju Melayu tetap menjadi pilihan kaum Adam di negara kita.
Walau bagaimanapun, Baju Melayu pada zaman sekarang semakin moden. Ada yang terlalu fit sampai nampak pelik dan kelakar. Ada juga yang menjual Baju Melayu hipster macam dalam gambar di atas ni!
Janganlah semata-mata mengejar fesyen, kita sanggup merosakkan rekaan asal Baju Melayu yang penuh dengan hikmahnya yang tersendiri. Tak ke kelakar pakai baju yang nampak pelik dan lain daripada yang lain ni?
Apa kata pada tahun ini, kita beraya dengan Baju Melayu tradisional, bukan kurta dan sebagainya.
BACA: Tular video meruntun hati bila wanita India suap makanan kepada gadis melayu dengan keikhlasan