Bagi yang memiliki motosikal, korang pernah tak tertanya-tanya mengenai kewujudan perkataan atau nombor-nombor yang terdapat pada cover set motosikal korang itu?
Pastinya, perkataan dan nombor tersebut bukan saja-saja diletakkan kerana ia mempunyai maksud yang tersendiri.
Salah satunya adalah perkataan DiASil yang terdapat pada cover set motosikal Yamaha.
Apa yang dimaksudkan dengan DiASil ini? Mesti ramai juga yang belum tahu kan? Jadi, meh SK kongsikan mengenai DiASil ini.
Untuk pengetahuan korang, DiASil atau Die-Casting Aluminium-Silicon merupakan teknologi pada rekaan badan silinder yang dikembangkan secara eksklusif oleh Yamaha.
Penciptaan alat itu dikatakan membantu mengurangkan kehausan pada silinder keluli dan mempunyai pelesapan haba yang sangat baik. Ia membuatkan enjin mempunyai prestasi yang lebih stabil dan menjadikan motosikal tersebut lebih ringan.
@mbp_mbperformance_hq Reply to @mrkeningtebal Apa tu DiASil ? #mbperformance #infomotosikal #tiktokmalaysia ♬ Beggin’ – Måneskin
Di samping itu, aloi aluminium Die-cast mengandungi silikon dan ia mewujudkan permukaan silinder yang sangat keras dan boleh dipercayai.
Penggunaan aluminium di dalam pembuatan silinder itu dilihat berkesan kerana aluminium adalah pengalir haba yang sangat baik, ia mempunyai konduksi haba hampir tiga kali ganda daripada besi.
Dicipta pada tahun 2002, Yamaha DiASil Cylinder merupakan teknologi yang menggabungkan bahan, pembuatan dan teknologi mesra alam yang lebih ideal.
Apa kelebihan silinder DiASil?
Silinder DiASil mempunyai tahap prestasi penyejukan yang lebih baik iaitu sebanyak 60% dan kos pembuatannya juga lebih rendah.
Ia juga lebih mesra alam dan dapat dikitar semula dengan sangat baik.
Pastinya, ia sangat berbeza dengan silinder konvensional iaitu silinder besi dan silinder berlapis.
Kalau nak tengok macam mana rupa silinder itu, jom tonton video di bawah ini.