Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan harga durian Musang King
yang dijual di Shenzen adalah sekitar RM350 sebiji.
Beliau berkata, buah berkulit keras dan berduri itu mendapat permintaan yang amat tinggi di sana.
“Hanya dalam masa beberapa jam, kesemua stok telah habis terjual.
“Saya difahamkan para pengimport durian dari China juga sedang mengkaji untuk
membawa durian jenis lain seperti durian kampung ke pasaran China.
“Sama-sama kita berdoa agar pada masa hadapan, durian kampung juga akan mendapat permintaan yang tinggi di sini supaya semua penanam durian akan turut menikmati hasil daripada usaha ini,” katanya menurut harapandaily.
Terdahulu beliau dibawa melihat gudang pembungkusan dan pengedaran durian segar oleh syarikat Joy Ming Mau, Shenzhen.