Rupanya ini fungsi titik hitam kecil yang ada pada cermin kereta, bukan saja-saja letak

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Kereta merupakan kenderaan utama digunakan sebagai pengangkutan bagi kebanyakan penduduk dunia.

Dalam dunia yang serba moden ini, pelbagai jenis kereta telah ditawarkan kepada pengguna seperti yang terbaru adalah kereta elektrik.

Jika anda banyak menghabiskan masa dalam kereta pasti pernah ternampak sesuatu seperti titik hitam kecil yang mengelilingi tepi cermin depan kereta anda.

Rupanya ini fungsi titik hitam kecil yang ada pada cermin kereta, bukan saja-saja letak

Tapi apa benda sebenarnya titik hitam kecil itu dan apa fungsinya?

Untuk mengetahui dan memahami berkenaan persoalan itu, penulisan pada hari ini akan menerangkan tentang perkara tersebut.

Titik hitam mengelilingi cermin kereta

Titik hitam yang mengelilingi cermin kereta itu dipanggil sebagai ‘frit’ atau ‘band frit’, di mana ia adalah cat seramik yang kekal di dalam kaca.

Tujuan utama ‘frit’ itu adalah untuk melindungi pengedap urentana yang menahan cermin depan daripada sinaran ultraungu yang tidak selamat.

Kredit Brian Cohen
‘Frit’ ini telah menjadi perkara biasa sejak tahun 1950-an dan 60-an, apabila pengeluar kereta mula menukar trim logam kepada pelekat.

Mengapa dalam bentuk titik?
Dot matriks yang pada cermin kereta adalah corak halftone. Ia dicipta sedemikian bagi tujuan estetik.

Corak itu menyerupai kecerunan licin daripada hitam jalur ‘frit’ kepada kaca yang jernih.

Ini memberikan peralihan yang lebih menarik secara visual dan membantu menjadikan jalur ‘frit’ kurang ketara dilihat pada mata kasar.

Kredit Shutterstock
Walau bagaimanapun, titik-titik hitam itu bukan sahaja bagi tujuan estetik. Tapi ia juga bertujuan untuk membantu mengawal suhu cermin kereta.

Untuk menjadikan kaca tingkap dan cermin depan dalam bentuk membengkok, kaca itu perlu dipanaskan terlebih dahulu.

Kaca yang dicat hitam lebih cepat panas daripada permukaan cermin yang tidak dicat hitam.

Titik-titik hitam itu kemudiannya mengagihkan haba secara sekata yang menghalang cermin depan daripada meleding disebabkan haba panas.

Bagaimana pula dengan titik-titik hitam disebalik cermin pandang belakang?

Pada kereta moden, selalunya terdapat kumpulan titik lain pada cermin depan. Ia betul-betul berada di belakang cermin pandang belakang kereta anda.

Titik itu dipanggil sebagai ‘frit visor ketiga’, di mana ia membantu untuk menghalang matahari daripada memancar terus ke dalam di antara dua visor matahari.

Bukan saja-saja letak titik-titik hitam tu, ada kegunaan dia sendiri rupanya.

Sekarang sudah tahu kan, apa kegunaan titik-titik hitam tu. Diharap perkongsian ini dapat memberikan satu ilmu yang baharu kepada anda.

BACA: “Suami terlafaz talak!, dia kata ‘kalaulah bini aku tu, talak 3 aku bagi, sibuk shopping sampai anak pun lupa’ suami terduduk bila tahu anak kami yang hilang”