Rupanya ini fungsi klip bawah cermin pandang belakang dalam kereta

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Rupanya ini fungsi klip bawah cermin pandang belakang dalam kereta

Bagi sesiapa yang kerap memandu malam, mesti anda pernah ‘dicucuk’ dengan kenderaan dipandu dengan kelajuan yang sangat tinggi.

Antara taktik yang sering digunakan oleh pemandu ala-ala GTA ini adalah memasang lampu tinggi ‘high beam‘ semasa berada di belakang kereta anda.

Rupanya ini fungsi klip bawah cermin pandang belakang dalam kereta

Tindakan ini menyebabkan pemandu yang berada di hadapan kereta tersebut merasa silau dan akan menukar laluan secara terpaksa.

Selain itu, ada juga pemandu yang tidak dapat membezakan anda lampu kereta biasa dengan lampu ‘high beam‘. Ada juga yang mengubahsuai warna dan kecerahan lampu kereta sehingga memberikan ketidakselesaan kepada pengguna lain.

Tahukah anda, sebenarnya ada satu bahagian rahsia yang dapat membantu kita ketika bertemu pemandu-pemandu di jalan raya.

Bahagian tersebut ada pada cermin hadapan yang membantu kita untuk melihat kenderaan di belakang kita.

Secara umumnya, apabila sesorang memasang ‘high beam‘ di belakang kenderaan kita, cahaya tersebut akan terpantul pada mata kita secara langsung.

Ini yang menyebabkan mata kita akan sakit dan terdesak untuk menukar laluan secara serta merta. Pada hakikatnya, kita sudah membawa kenderaan pada kelajuan yang besesuaian pada laluan tersebut.

Akan tetapi, jika menekan ‘ini’, cahaya tersebut tidak akan terus ke mata pemandu dan boleh meneruskan pemanduan seperti biasa.

Elak silau, inilah fungsi togel pada cermin pandang belakang

Mungkin ada yang tidak pernah tahu bahawa bahagian ini memberikan fungsi yang signifikan terhadap pemanduan pada waktu malam.

Untuk makluman, bahagian ini dapat mengubah sudut cermin pandang belakang bagi memberikan pengalaman yang optimum ketika pemanduan waktu malam.

Caranya mudah sahaja, ketika anda bertemu dengan pemandu yang menggunakan ‘high beam’, tekan sahaja togel ini dan sudut cermin pandang belakang berubah.

Kaedah ini dapat mengurangkan rasa silau dan lebih murah daripada menggelapkan cermin tingkap anda. Menurut, Top Gear, ini merupakan cara paling selamat apabila berhadapan dengan lampu high beam pada waktu malam.

Sungguhpun beberapa kereta kini sudah dilengkapi dengan cermin pandang belakang yang akan memalapkan cahaya secara automatik, kebanyakan kereta masih tidak memiliki fitur ini.

Namun apa yang boleh dilakukan adalah menekan togel ini ketika pemanduan pada waktu malam. Bahagian ini sangat berguna, khususnya bagi sesiapa yang ‘dicucuk’ kereta yang menggunakan lampu ‘high beam‘ atau memiliki mata yang sensitif dengan cahaya.

BACA: Walaupun tertipu dengan Amanat Hadi, penduduk Memali tetap sokong Pas