Rupanya ikon pemotoran anak muda tak ada lesen, dah kena cekup pulak. Seorang anak muda yang sebelum ini diangkat sebagai ikon permotoran didapati ‘kantoi’ tidak memiliki lesen memandu.
Gambar kertas saman beralamat di Tanah Merah, Kelantan itu tular hingga mengundang kecaman dan sindiran orang ramai.
Rata-rata warganet menempelak tindakan membawanya sebelum ini memberi ceramah di sebuah sekolah menengah minggu lalu.
“Sembang gebang ikon pemotoran konon, lesen pun takde rupanya,” komen seorang warganet.
Sementara itu, Fazli Ali pula menyindir individu terbabit boleh diundang untuk memberikan ceramah.
“Sekolah boleh jemput beri peluang ketiga. Lesen takda boleh berjaya dengan Tiktok,” katanya.
Tidak kurang juga yang secara sinis berharap Putrajaya menjemput pemuda berusia 22 tahun untuk memberikan ceramah motivasi.
“Suruh dia buat motivasi di JPM (Jabatan Perdana Menteri) pula lepas ni,” kata Muaz Zakaria.
Bulan lalu, netizen mencemuh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal apabila mengangkat Haqiem Stopa sebagai ikon permotoran anak muda.
Haqiem sebelum ini dianggap netizen sebagai “mat rempit” Tiktok yang popular dengan mempunyai hampir 900,000 pengikut dan mendapat 13.6 juta ‘likes’.
BACA:
Gantung lesen premis yang gagal tapis pelanggan tak lengkap vaksin
Tiada tindakan terhadap pemilik kenderaan tamat cukai jalan, lesen memandu hingga 31 Disember
Pemuda Pas gesa kerajaan bertindak terhadap operasi judi tanpa lesen